Politik

Tawaran Pejuang: Integriti, profesional, pemimpin muda

INTEGRITI, cekap dan amanah dalam tadbir urus antara tawaran utama Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) kepada rakyat Malaysia.

Selain itu, tawaran daripada parti yang baharu ditubuhkan itu juga adalah memperjuangkan hak asasi manusia serta mempertahankan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Malah, Pejuang juga menolak sebarang perjuangan yang bermotifkan kepentingan peribadi sehingga menjejaskan integriti dalam pentadbiran.

Justeru, untuk mencapai ke arah itu juga, parti yang didokongi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir itu mengalu-alukan sokongan generasi muda sebagai barisan pemimpin apabila mendapat tempat dalam Parlimen pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Ada beberapa perkara lagi yang buat masa ini belum sesuai untuk dikongsikan. Walaubagaimanapun yakinlah yang Pejuang bukanlah sebuah parti yang akan mengkayakan pemimpin atau parti yang hanya mementingkan orang Melayu tanpa mengambil kira bangsa lain.


“Tanggapan sedemikian adalah tidak benar kerana segala matlamat yang telah kami sediakan merangkumi semua hak rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

“Cuma, buat masa ini keahlian Pejuang  terbuka untuk bangsa Melayu sahaja. Namun begitu, perjuangan kami tidak membezakan kaum. Jauh sekali bersifat perkauman.”

Demikian tawaran dinyatakan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pejuang Wilayah Persekutuan, Yusnidar Abdullah Ismail ketika ditemubual Suara Merdeka yang turut memaklumkan pengagihan limpahan ekonomi secara adil menjadi agenda perjuangan partinya.

Tambah beliau, tujuan penubuhan Pejuang adalah untuk menggembleng kepakaran-kepakaran para profesional menjadi sebahagian daripada barisan pemimpin.

Termasuklah melibatkan para profesional dalam bidang ekonomi, undang-undang, sains dan teknologi, pilitik dan pelbagai kepakaran lain.

“Pejuang memberi peluang kepada pemimpin pemimpin muda untuk menerajui barisan hadapan parti kerana merekalah yang akan membawa pembaharuan pada tampuk kepimpinan.

“Golongan muda mempunyai idea yang lebih inovatif dalam membawa negara ke masa hadapan yang lebih cemerlang. Kepimpinan yang didominasi oleh pemimpin yang sama saja selama berpuluh tahun wajib dihapuskan.

“Idea dan leadership skills anda semua amat kami perlukan demi memperkasakan agenda mengubah cara kepimpinan kerajaan.

“Kita mahu pemimpin-pemimpin yang bijak yang berdaya saing demi kemajuan agama, bangsa dan negara,” ujarnya. – SM

(Visited 61 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button