Politik

Annuar tetap berjuang bersama UMNO

PEMECATAN Tan Sri Annuar Musa daripada jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) tidak akan menjadi alasan untuk meninggalkan UMNO.

Beliau sebaliknya dilihat yakin untuk terus kekal bersama UMNO walaupun tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam parti itu.

Justeru, Annuar mengakui beliau reda dengan pemecatannya sebagai Setiausaha Agung BN yang dijawatnya sejak Mac tahun lalu.

Ini kerana beliau sebelum ini dikatakan kerap mengeluarkan kenyataan seperti memihak kepada Perikatan Nasional dan komponennya terutama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Justeru, saya dengan penuh redha menerima pemecatan ini dan
berserah kepada Allah SWT.

“Saya akan terus berjuang atas wadah perjuangan UMNO dan akan terus menyumbang ke arah UMNO yang bermaruah, berintegriti dan kekal memimpin Penyatuan Ummah dan menunjangi permuafakatan nasional.

“Saya menyeru semua ahli UMNO merapatkan saf dan menjunjung
tinggi dasar dan faslafah perjuangan parti.”

Demikian kata Ahli Parlimen Ketereh dan Menteri Wilayah Persekutuan itu dalam satu sidang akhbar hari ini mengenai perkembangan pemecatannya sebagai Setiausaha Agung BN yang berkuat-kuasa semalam.

Dalam pada itu, Annuar turut menjelaskan pemecatan beliau adalah salah dan tidak wajar dilakukan oleh Presiden UMNO, sebaliknya ia perlu mendapat persetujuan komponen dalam BN.

Justeru, beliau turut meminta supaya pemecatannya dibuat sekali lagi oleh kepimpinan BN selepas mendapat sokongan daripada komponennya.

Dalam masa sama, Annuar turut memberitahu, beliau berlapang dada dengan berita pemecatan dan menerimanya dengan hati terbuka kerana berpegang kepada prinsip.

“Sokongan secara hitam putih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional yang dianggotai BN.

“Percubaan dan perundingan yang melibatkan DAP dalam apa yang diistilahkan Pembentukan Jajaran Baru Politik.

“Percubaan menggugat kestabilan Kerajaan PN berkali-kali yang menyebabkan terjejasnya hubungan baik terutamanya antara UMNO, PAS dan Bersatu yang merupakan Parti Teras yang telah mewujudkan Perpaduan Melayu dan Islam di negara ini.

“Situasi ‘flip-flop’ pimpinan khususnya Pengerusi BN dalam perkara perkara dasar berhubung Muafakat Nasional (MN) sehingga berlaku esamaran dan kekaburan dalam halatuju MN.

“Seruan demi seruan untuk dibubarkan parlimen dan mengadakan pilihanraya dalam situasi rakyat menderita akibat penularan pandemik Covid-19 dan tekanan ekonomi yang sangat berat.

“Kegagalan pimpinan mewujudkan keharmonian dan ketertiban dalam parti, dimana berterusan bertelagah secara terbuka telah menyebabkan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap visi yang dibawa oleh parti.

“Keputusan-keputusan parti seperti ‘NO DAP’, ‘NO ANWAR’, sokongan ‘en-bloc’ kepada kerajaan PN dan lain-lain telah tidak dihormati,” jelasnya.

Semalam, BN memecat Annuar daripada jawatan Setiausaha Agung dan melantik Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai pengganti.

Ahmad sebelum ini juga menggantikan Annuar sebagai Setiausaha Agung selepas berlaku pertukaran dalam kepimpinan UMNO dan BN. – SM

(Visited 278 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button