Luar Negara

UK sekat pelancong dari Afrika Selatan, lima negara Afrika

PENEMUAN varian baharu Covid-19 di Afrika Selatan iaitu B.1.1.529 menyebabkan United Kingdom melakukan sekatan terhadap pelancong dari negara itu.

Manakala pelancong yang tiba di UK dari beberapa negara Afrika turut dikenakan kuarantin ekoran penemuan varian baharu tersebut.

Setiausaha Kesihatan UK, Sajid Javid berkata, lima negara lain ditambah dalam senarai amaran merah dengan larangan penerbangan buat sementara waktu bermula Jumaat.

Negara-negara terbabit ialah Namibia, Zimbabwe, Bostwana, Lesotho dan Eswatini.

Javid menjelaskan bahawa individu yang tiba di UK pada Jumaat diminta untuk kuarantin di rumah namun individu yang tiba selepas pukul 4 pagi hari Ahad perlu kuarantin di hotel.

“Ujian PCR juga perlu dilakukan bagi mereka yang kembali dalam tempoh 10 hari terakhir,” katanya.

Seorang pakar menyatakan bahawa varian baharu itu adalah antara yang bahaya setakat ini kerana mempunyai protein berbeza dengan yang terdapat dalam coronavirus asal yang menjadi asas kepada vaksin Covid-19.

Terdapat 59 kes yang disahkan dan dikenalpasti di Afrika Selatan, Hong Kong dan Bostwana setakat ini.

Dalam pada itu, tiada kes Covid-19 varian baharu tersebut di UK.

Terdapat keperluan bagi mempelajari dan membuat kajian mengenai varian baharu ini yang telah bermutasi agar jangkitannya dapat dicegah daripada awal. – SM

(Visited 192 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button