fbpx
Luar Negara

China kenakan sekatan perjalanan ke atas tujuh lagi bandar

SELEPAS Wuhan, pihak berkuasa China memperluas sekatan perjalanan keluar ke atas tujuh lagi bandar sejak semalam berikutan penularan wabak novel coronavirus yang juga dikenali sebagai virus Wuhan.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata sekatan terbaharu itu melibatkan Huanggang, Ezhou, Chibi, Xiantao, Qianjiang, Zhijiang dan Lichuan.

“Kami telah berkomunikasi rapat dengan pejabat diplomatik Malaysia di China dalam memantau perkembangan dan memastikan bantuan konsular diberi kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.

“Dalam hal ini, Kedutaan Malaysia di Beijing telah menubuhkan Pasukan Tindak Balas Kecemasan untuk memberikan bantuan kepada rakyat Malaysia di kawasan terjejas,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyatakan bahawa usaha yang sama turut dilakukan konsulat Malaysia di China – Guangzhou, Hong Kong, Kunming, Nanning, Shanghai dan Xi’an, serta Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taiwan.


“Rakyat Malaysia yang tinggal atau mengembara ke kawasan terjejas dinasihatkan untuk memberi keutamaan kepada kesihatan dan keselamatan diri mereka dengan mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.

“Ini termasuk mengelakkan tempat-tempat awam dan mendapatkan rawatan perubatan segera sekiranya mengalami gejala seperti demam, batuk atau kesukaran bernafas dalam masa 14 hari selepas pulang dari kawasan terjejas,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan dan perkhidmatan konsular boleh menghubungi pejabat diplomatik China melalui pautan berikut:

1- Kedutaan Malaysia di Beijing: https://www.kln.gov.my/web/chn_beijing/home

2- Konsulat Jeneral Malaysia di Guangzhou:  https://www.kln.gov.my/web/chn_guangzhou/home

3- Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong:  https://www.kln.gov.my/web/chn_hong-kong/home

4- Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming:  https://www.kln.gov.my/web/chn_kunming/home

5- Konsulat Jeneral Malaysia di Nanning:  https://www.kln.gov.my/web/chn_nanning/home

6- Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai: https://www.kln.gov.my/web/chn_shanghai/home

7- Konsulat Jeneral Malaysia di Xi’an: https://www.kln.gov.my/web/chn_xian/home

8- Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei:  https://www.kln.gov.my/web/twn_taipei/home – BERNAMA

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button