fbpx
Nasional

UiTM umum tiada peperiksaan akhir semester

UNIVERSITI Tekonologi Mara (UiTM) meminda kalendar akademiknya bagi memudahkan kakitangan dan pelajar menjalani pengajian semester semasa.

Pindaan itu dibuat selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak Koronavirus (Covid-19).

[BACA] Peperiksaan Semester II Matrikulasi dibatalkan, Sesi 2019/2020 ditamat – Suara Merdeka

Antara yang dipinda adalah peperiksaan akhir semester digantikan dengan penilaian berterusan sepanjang semester bagi sesi II 2019/2020.

Pindaan tersebut melibatkan semua peringkat pengajian dari Pra Diploma sehingga Doktor Falsafah.

UiTM dalam pengumuman menerusi Facebook rasminya menjelaskan, pindaan tersebut dilulusan Mesyuarat Senat ke 256 (Khas) pada 3 April lalu.


Turut dipinda adalah aktiviti kuliah yang ditukarkan kepada mode dalam talian (online) menggunakan kaedah ‘Open and Distance Learning (ODL).

“Kuliah 2 ODL 13 April hingga 24 Mei 2020 (lima minggu), cuti khas perayaan 25 Mei hingga 3 Jun 2020 (10 hari) dan kuliah 3a ODL 4 Jun hingga 1 Julai 2020.

“Minggu ulang kaji 2 hingga 4 Julai 2020 (3 hari), tarikh akhir penilaian berterusan 21 Julai 2020, cuti semester 22 Julai hingga 11 Oktober 2020.

[BACA] PKP: MPP UiTM anjur #UiTMQuranHour — Suara Merdeka
[BACA] Parlimen tidak boleh dikuarantin demi memenangi perang melawan Covid-19 — Suara Merdeka

“Kuliah 3b bagi kursus amali seperti studi, bengkel, makmal dan yang berkaitan sahaja 4 Jun hingga 9 Ogos 2020 (10 minggu). Tarikh akhir penilaiannya pada 23 Ogos 2020,” katanya.

Dalam pada itu, UiTM meminta pelajar dan pensyarah untuk berkongsi maklumat keperluan pembelajaran serta cabaran dilalui ketika pembelajaran secara ODL.

Semalam, Kementerian Pendidikan membatalkan peperiksaan semester II Program Matrikulasi sesi 2019/2020 yang dijadualkan pada 27 April hingga 4 Mei ini.

[BACA] E-learning: Keresahan pendidik mengajar, belajar dari rumah — Suara Merdeka
[BACA] Covid-19 ‘telanjangkan’ kelemahan e-learning institusi pendidikan — Suara Merdeka

KPM dalam satu kenyataan menjelaskan pengajian bagi semester berkenaan ditamatkan serta merta dan peperiksaan akhir digantikan dengan penilaian berterusan. – SM

(Visited 5 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button