AgamaHiburanRencana

5 Mualaf Berpengaruh Di Malaysia Dan Kisah Penghijrahannya

Sesungguhnya, Allah SWT memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Berikut merupakan 5 figura terkemuka yang telah berhijrah kepada agama islam dan kisah penghijrahannya.

Ustaz Ebit Lew

Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew merupakan seorang usahawan dan pendakwah islam Malaysia berbangsa Cina. Beliau mula memeluk islam pada usia 12 tahun. Figura ini menambat hati rakyat malaysia dengan sifatnya yang gemar menyantuni orang ramai untuk menghulurkan bantuan tanpa batas agama mahupun bangsa. Beliau mula mengenali Islam melalui salah seorang guru beliau. Beliau mempelajari bagaimana untuk mendirikan solat dan akhirnya beliau memeluk islam dan terus aktif berdakwah di jalan Allah.

 Adam Corrie Lee

Adam Corrie Lee bin Abdullah merupakan seorang aktor berbangsa cina beragam Buddha. Beliau memeluk agama Islam pada 13 Julai 2007 ketika beliau berusia 39 tahun. Mendekatkan diri mengenali agama islam dengan belajar mengenai solat dan fardhu ain merupakan titik permulaan penghijrahan beliau. Beliau mendapat hidayah untuk memeluk agama islam setelah bermimpi seperti berada di dalam syurga dan didatangi seseorang yang bercahaya putih. Selepas 6 tahun kembali kepada fitrah, beliau sering dijemput berkongsi pengalaman dan motivasi sebagai pendakwah bebas saudara baru di pejabat-pejabat kerajaan, masjid-masjid, badan NGO serta institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah.

Michael Ang

Michael Ang Hai Swee merupakan seorang pengarah, penerbit, penulis skrip dan pelakon Malaysia. Michael mendedahkan secara mengejut pada 30 April 2019 bahawa beliau telah memeluk Islam setelah mendapat hidayah sejak dua tahun lalu untuk mendalami dan memeluk Islam. Kisah penghijrahannya bermula apabila beliau bermimpi berada di dalam kaabah dan melihat tulisan jawi pada jubin dalam kaabah. Beliau juga bermimpi melihat teko berwarna emas yang mengeluarkan air yang sangat wangi seperti bunga ros.

Dr. Ustaz Haji Mohd Farid Ravi Abdullah


Berasal dari Kampung Sungai Choh, Rawang, Selangor, Dr. Ustaz Haji Mohd Farid Ravi bin Abdullah merupakan seorang pendakwah bebas. Sebelum memeluk agama Islam, beliau merupakan penganut Kristian dengan nama sebenarnya Jasiah a/l Ravi. Beliau memeluk agama Islam ketika berusia 18 tahun. Sejak dibangku sekolah, beliau mengikuti kelas Pendidikan Islam bersama kawan-kawan yang beragama Islam. Kisah-kisah sirah Nabi membuatkan beliau terbuka hati dan mendapat hidayah untuk kembali kepada fitrah. Lebih manis lagi, beliau berjaya mengislamkan ibunya sendiri dua bulan sebelum ibunya meninggal dunia dan abang beliau yang dahulunya menentang penghijrahan beliau akhirnya turut memeluk agama Islam seminggu sebelum meninggal dunia.

Bro Firdaus

Wong Wai Hung atau lebih dikenali sebagai Bro Firdaus merupakan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa, Muslim Revert Malaysia (MRM). Beliau memeluk agama islam pada tahun 2005 ketika berusia 22 tahun. Sekitar tahun 2011, beliau mula serius dalam aktiviti berdakwah selepas menghadiri satu majlis perjumpaan Mualaf. Beliau terkenal dengan pendekatan dakwah berkonsep ‘Street Dakwah’ di seluruh negara antaranya di Bukit Bintang, Petaling Street dan Melaka. Penghijrahan beliau bemula apabila beliau ingin mendapatkan jawapan mengenai Islam kepada salah seorang kenalan yang beragama Islam. Bertitik tolak dari peristiwa itulah beliau berhijrah menganuti agama Islam.

(Visited 11,361 times, 8 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button