Nasional

Keperluan Balai Bomba dan Penyelamat di Pelangai akan dikemukakan – Young Syefura

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong, Mohd Shafie Sulong mencadangkan kepada Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman agar sebuah BBP di mukim Pelangai diwujudkan.

Hal ini demikian kerana sekiranya berlaku sebarang bencana, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari BBP Bentong terpaksa mengambil masa yang panjang kerana jarak yang jauh.

Sehubungan itu Young Syefura mengambil maklum cadangan tersebut dan akan menyampaikannya kepada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming.

Kata Young Syefura dalam Facebooknya, cadangan itu adalah sesuatu yang perlu kerana Pelangai juga sentiasa menerima bantuan dari BBP berdekatan iaitu BBP Triang dan BBP Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Young Syefura berkata demikian setelah mengadakan kunjungan hormat ke atas BBP Bentong yang turut disertai Ketua BBP Karak serta ADUN Bilut, Lee Chin Chen yang berlangsung selama 1 jam.

Dalam pertemuan itu, beberapa perkara berbangkit melibatkan bidang kuasa JPBM dibincangkan sekali gus mengenal pasti persiapan Bomba Bentong bagi menghadapi banjir.

“Saya sempat bertanya persiapan Bomba Bentong bagi menghadapi banjir. Alhamdulillah semua agensi termasuk Bomba Bentong telah bersedia sepenuhnya.

“Namun melihat kepada perbentangan laporan Bomba Bentong, masih terdapat kekurangan kelengkapan peralatan siap siaga Bomba dan perkara ini akan disampaikan kepada Menteri KPKT,” ujarnya.

Dalam masa sama, Young Syefura turut memaklumkan beliau juga sebenarnya kini sedang berjuang untuk mendapatkan BBP di kawasan Bukit Tinggi.

“Rasionalnya adalah kawasan lebuhraya sentiasa berlaku kemalangan dan kewujudan BBP Bukit Tinggi setidaknya akan menyingkatkan masa menerima bantuan daripada Bomba.

“Cadangan saya ini disambut baik pihak Bomba Bentong namun beberapa isu dibangkitkan menyebabkan berlaku sedikit permasalahan yang boleh diselesaikan,” katanya.

(Visited 267 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button