NasionalNegeri

JPJ periksa 2,871 kenderaan Ops Khas Bulan Perayaan

OPERASI Khas Bulan Perayaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis bagi tempoh 1 hingga 5 Februari lalu telah mencatatkan sebanyak 2,871 buah kenderaan telah diperiksa.

Pengarahnya, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata, sebanyak 205 kenderaan telah diambil tindakan dengan jumlah kesalahan sebanyak 485.

Fatimah memeriksa lesen motosikal pada Operasi Khas Bulan Perayaan JPJ Perlis di Jalan Kangar – Alor Setar, malam tadi.

Beliau berkatq, 529 notis telah dikeluarkan dengan sembilan kesalahan utama.

“Sebanyak 37 kes kerana Tiada Lesen Memandu (LM), Lesen Memandu Tamat Tempoh (77), Tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) Tamat Tempoh (141), Tiada Perlindungan Insurans (115), Kesalahan Teknikal (80) dan Lain-Lain Kesalahan (79),” katanya pada sidang media sempena Ops Khas Bersepadu Bulan Perayaan 2024 di Jalan Kangar- Alor Setar malam tadi.

Ops Bersepadu ini melibatkan 76 anggota dengan penglibatan JPJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK).

Fatimah berkata, JPJ Perlis juga telah mengeluarkan notis penyitaan kenderaan sebanyak lima kes di atas pelbagai kesalahan.

Berdasarkan data yang diterima katanya, kesalahan tertinggi adalah melibatkan
Lesen Memandu (LM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM).

Beliau menjelaskan telah berlaku penurunan 20 peratus kes langgar lampu merah dan pusingan U di garisan berkembar di negeri ini.

Anggota memeriksa kenderaan sempena Operasi Khas Bulan Perayaan JPJ Perlis di Jalan Kangar – Alor Setar malam tadi.

Katanya, ini berikutan usaha serius JPJ memandangkan kekerapan berlaku kemalangan disebabkan dua kesalahan ini sehingga berlaku kemalangan maut.

Katanya, kes penghantar makanan didapati kerap melanggar lampu merah juga berkurangan apabila program advokasi dijalankan. – SM

(Visited 49 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button