EkonomiNasional

PROLINTAS catat rekod edar 100,000 pelekat kereta kempen cegah rasuah

Bersempena sambutan Hari Pencegahan Rasuah Antarabangsa 2020, Kumpulan Syarikat PROLINTAS (PROLINTAS) hari ini mengedarkan 100,000 pelekat kenderaan kepada para pengguna empat lebuhraya seliaanya dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya memerangi gejala rasuah.

Pengedaran pelekat tersebut melayakkan PROLINTAS direkodkan sebagai syarikat pertama mengedarkan pelekat kenderaan terbanyak di Malaysia dan di ikhtiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR).

Program pengedaran itu juga adalah bersempena sambutan Hari Integriti 2020 PROLINTAS yang bertemakan ‘Putuskan Rantaian Rasuah’. Dengan kejayaan ini, PROLINTAS dijangka akan menerima sijil penganugerahan dari MBOR dalam waktu terdekat.

Majlis perasmian dan pelepasan pengedaran pelekat telah disempurnakan oleh Datuk Nor Azmi Karim, Pengarah Bahagian Urus Tadbir Sektor Awam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di bangunan operasi Alam Impian, LKSA pagi tadi sambil disaksikan Ketua Pegawai Operasi (Kewangan) PROLINTAS, Malik Parvez Ahmad, barisan pengurusan kanan PROLINTAS serta rakan program dari badan bukan kerajaan (NGO); Pusat Governans, Integriti & Anti Rasuah Nasional (GIACC) dan Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW). Pelekat kenderaan itu diedarkan dalam masa satu hari di kesemua empat lebuhraya di bawah PROLINTAS iaitu di Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE), Lebuh Raya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuh Raya Kajang SILK (SILK).

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif PROLINTAS, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, “PROLINTAS sememangnya mengamalkan nilai integriti tinggi yang merupakan asas utama bagi setiap apa yang kami laksanakan dalam pelbagai aspek seperti pengurusan operasi, pengurusan pelanggan, penjenamaan dan ketelusan urusan di semua peringkat. Selain mengukuhkan nilai tersebut, ianya mustahak untuk kami mengekalkan komitmen serta standard etika yang tinggi untuk memenangi kepercayaan pihak berkepentingan, pihak berkuasa dan orang ramai”.

“Program kesedaran ini juga bukti komitmen PROLINTAS terhadap amalan berintegriti dalam menjalankan perniagaan dan menzahirkannya kepada pihak berkepentingan dan rakan perniagaan berhubung kesungguhan kami dalam memerangi rasuah”, tambah Mohammad Azlan lagi.

Untuk rekod, ,PROLINTAS telah menerima pengikhtirafan oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. sebagai syarikat konsesi lebuh raya pertama di Malaysia yang dianugerahkan Pensijilan Sistem Pengurusan Anti Rasuah Antarabangsa (ABMS ISO 37001: 2016) untuk kesemua syarikat di bawahnya.

(Visited 432 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button