Rencana

Selepas 29 tahun tragedi Bright Sparklers, kes ditutup

Kira-kira 29 tahun lalu, iaitu pada tahun 1991 negara digemparkan dengan tragedi yang diibaratkan seperti ledakan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki Jepun semasa perang dunia kedua.
Tragedi itu adalah letupan kilang mercun Bright Sparklers di Sungai Buloh. Lokasi kejadian ranap sama sekali dek letupan bahan letupan yang disimpan di gudang kilang berkenaan.
Pada 7 Mei 1991 jam 3.45 petang di Sungai Buloh, Selangor telah berlakunya satu tragedi letupan paling besar dalam sejarah negara.
Dalam tragedi malang itu telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 26 mangsa terkorban dan 83 dilaporkan cedera.
Ketika itu saya yang sedang bersantai di asrama Institut Teknologi Mara (ITM) sebagai penuntut dalam bidang kewartawanan di Shah Alam, terkejut dengan gegaran tersebut.
Sebelum letupan itu telah berlaku kebakaran besar yang telah mereka ke bahagian makmal ujian mercun.
Dipercayai punca letupan tersebut daripada bahagian makmal yang menjalankan kerja-kerja menguji mercun yang siap untuk dipasarkan. Malah, kilang ini juga telah menjalankan operasi secara haram sejak 1978 lagi.
Selain itu, letupan tersebut telah mengakibatkan sebanyak kira-kira 200 kediaman penduduk di sekitar kawasan tersebut serta tingkap-tingkap rumah di sekitar kawasan Sungai Buloh sehingga bandar Seri Menjalara dan Selayang musnah.
Rata-rata menyifatkan gegaran dan kekuatan letupan yang dihasilkan itu diibaratkan seakan-akan peristiwa bom atom dijatuhkan pesawat Amerika ke wilayah Jepun pada Perang Dunia Kedua iaitu di Hiroshima. Tambahan, banyak kediaman, kilang dan institusi pendidikan juga runtuh dan terbakar. Berpuluh kenderaan termasuk kereta dan motosikal musnah.
Selepas letupan semakin berkurangan, kedengaran raungan kesakitan pula. Berpuluh mangsa berlumuran darah manakala ratusan orang ramai mula memenuhi kawasan kejadian untuk mencari ahli keluarga yang dikhuatiri menjadi korban insiden tersebut.
Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam iaitu Hamzah Buyok berkongsikan pengalaman sebagaimana dilaporkan media tempatan sewaktu tiba di lokasi kejadian. Mengimbau kembali detik hitam itu, pasukan bomba menerima panggilan daripada orang awam pada jam 11.0 pagi.
“Kira-kira 10 kilometer dari lokasi kejadian, saya nampak kepulan asap besar dan terdetik dalam hati mungkin ada perkara dahsyat bakal kami tempuhi,”- Hamzah Buyok, Pegawai Bomba Kanan dan Penyelamat Shah Alam, petikan dari Harian Metro.
Saya nampak kepulan asap besar dan terdetik dalam hati mungkin ada perkara dahsyat bakal kami tempuhi. Saya antara anggota penyelamat paling awal tiba di lokasi kejadian, namun kerana ada mayat di tengah jalan, jentera bomba menukar laluan alternatif ke kilang itu.
Kira-kira satu kilometer daripada lokasi kejadian, situasi ibarat medan perang apabila letupan mercun, serpihan kayu, besi dan atap rumah bertaburan di sana sini. Malah, kilang dan rumah berhampiran lokasi kejadian juga musnah termasuk cebisan mayat hangus.
Jeritan minta tolong dan raungan kesakitan akibat terkena serpihan mercun jelas kedengaran. Lebih menyayat hati apabila mangsa meratapi kematian ahli keluarga.
“Bomba dan angkatan tentera pun datang. Jadi, diorang pun cuba nak padamkan. Memang tak boleh dah. Hos paip tu diorang letak dan himpitkan dengan batu je. Memandangkan bunga api tu terlampau banyak sangatlah.  -Mohd Othman Hj. Abd. Karim, penduduk kampung, petikan dari Detik Tragik.
Kesan daripada peristiwa malang itu, kerajaan di parlimen telah mewujudkan OHSA iaitu suatu undang-undang dan peraturan serta garis panduan buat para pekerja dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 telah diluluskan di Parlimen. Kilang-kilang bunga api di seluruh Malaysia terpaksa ditutup buat seketika waktu akibat pengharaman bunga api.
Bagaimanapun, memetik laporan The Star, selepas 15 tahun kes mangsa terkorban di Sungai Buloh itu telahpun ditutup.
Seramai 118 orang telah tampil menyaman kerajaan disebabkan kehilangan ahli keluarga tersayang. Kesemua keluarga mangsa yang terlibat juga telah menjumlahkan kerugian ke atas hartanah sejumlah RM30,000 kepada pemilik kilang Bright Sparklers Sdn Bhd iaitu Chin Kong Hin.
(Visited 5,254 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button