Rencana

Perwatakannya sains politiknya buat ramai terpegun

ANNUAR MUSA DAN WATAK HARRY KANE
(KHAS UNTUK AHLI UMNO)

Apabila tumbang Kerajaan PH pada hujung Februari, 2020, UMNO ketika itu bersuara sebagai satu pasukan, mendokong Muafakat Nasional (MN) dan menyokong Perikatan Nasional (PN) membentuk Kerajaan Persekutuan.

Sejak itu sehingga bulan Julai, 2020, semuanya sangat indah, kukuh dan padu. Pemimpin-pemimpin UMNO di luar kerajaan seperti DS Zahid Hamidi, DS Najib Razak, DS Muhammad Hassan dan lain-lain sayap menyokong dengan sepenuh hati Kerajaan Persekutuan di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun begitu, sokongan menjadi terganggu apabila Mahkamah memutuskan Najib bersalah dan perlu merayu. Dalam masa yang singkat, Zahid yang berdepan kes-kes di Mahkamah turut berubah pendirian.
Apakah mereka kecewa TS Muhyiddin tidak membantu mereka menyelesaikan kes-kes mereka di Mahkamah? Oh tidak, janganlah, ini bukan zaman mantan PM4 boleh memecat Hakim dan mencampuri urusan Mahkamah. Jangan ulangi, nanti dunia ketawakan kita.
Kemudian, Zahid yang sudah hilang pertimbangan merosakkan perpaduan UMNO dengan memecat Tan Sri Annuar Musa sebagai SUA UMNO dan SUA BN.
Annuar Musa adalah individu pertama yang mendedahkan rancangan sulit Zahid untuk membawa UMNO menyokong Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim. Zahid dalam PAU2020 hanya berlakon berucap NO DAP NO ANWAR, tetapi di belakang tabir YES ANWAR YES DAP tanpa pengetahuan ahli-ahli UMNO. Akhirnya, Zahid sendiri mengakui dalam pertemuan dengan MKT UMNO baru-baru ini bahawa betul ya itu suaranya bercakap dengan Anwar!

Annuar Musa jugalah pada bulan Januari tahun ini, mendedah wujud sokongan secara hitam putih membabitkan Zahid, kepada cikgunya Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Annuar turut menegaskan bahawa dokumen sokongan yang diperolehinya disahkan tulen. Surat sokongan bertarikh 11 Oktober 2020 itu didedahkan kerana beliau tidak bersetuju dengan pendirian Zahid menyokong Anwar Ibrahim.

Dalam surat ini, antara perkara disebut ialah menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang, menukar Perdana Menteri dan berjanji kesetiaan kepada Anwar Ibrahim. Zahid juga menghantar SD kepada YDA menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri menggantikan TS Muhyiddin Yassin. Ini disahkan oleh pihak Istana sendiri.

Keberanian Annuar Musa mendedahkan kerosakan dalam UMNO itu menyebabkan pasukan siber Zahid melabel Annuar Musa sebagai ejen PPBM, kluster Menteri dan tidak kurang juga yang menuduhnya sebagai pengkhianat.

Walaupun diserang bertubi-tubi termasuklah difitnah dari dalam parti sendiri, Annuar Musa tetap konsisten. Beliau tetap nekad menolak idea Jajaran Baharu PKR/UMNO/AMANAH/DAP yang cuba dibawa oleh Zahid walaupun Zahid nafi pada peringkat awal.

Dalam kes PRN Sabah, Zahid sebagai Presiden UMNO telah mengelak memberikan kerjasama kepada program-program BN-PN. Zahid tidak hadir dalam banyak program kempen PRN Sabah, mensabotaj pengumuman manifesto, cuba menghasut Bung Mokhtar supaya tidak hadir pengumuman manifesto, menuduh PPBM tidak memberi bajet dan sebagainya, Anda boleh google search berapa hari Zahid di PRN Sabah dan berapa keping sahaja gambar Zahid semasa PRN Sabah. Sila google search.

Zahid juga membangkit kebencian ahli-ahli UMNO kepada PPBM mengenai agihan kerusi dan pengisian jawatan Ketua Menteri Sabah. Akhirnya hari ini kita dapat tahu bahawa segala cerita-cerita tersebut hanya direka untuk membangkitkan sentimen kebencian ahli UMNO terhadap PPBM. Cerita-cerita tersebut direka untuk dijadikan modal oleh Zahid dan penyokong-penyokongnya sebagai justifikasi untuk memutuskan hubungan kerjasama dengan PPBM.

Rupa-rupanya sejak sebelum PRN Sabah lagi, Zahid sudah ada persepakatan dengan Anwar Ibrahim dan tidak hairanlah kenapa naratif membenci PPBM ini semakin kuat dimainkan selepas PRN itu.

Walaupun cuba dinafikan oleh Zahid dengan pelbagai hujah dan tindakan-tindakan memfitnah, namun begitu hari ini kita dapat lihat sendiri bahawa apa yang didedahkan oleh Annuar Musa selama ini mengenai usaha membawa sokongan UMNO kepada Anwar Ibrahim dan Jajaran Baharu PKR/UMNO/AMANAH/DAP semakin terbukti dan semakin jelas kebenarannya.

Perkara ini terbukti benar apabila Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris mendedah bahawa beliau telah menandatangani akuan bersumpah (SD) yang menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang baharu. Perkara ini juga diakui oleh Nazri Aziz yang mendakwa beliau telah didekati sebanyak empat kali untuk menandatangi SD yang sama.

Kebenaran demi kebenaran juga semakin terbukti hari ini apabila satu demi satu tindakan Zahid untuk memutuskan hubungan dengan kerajaan PN didedahkan. Rupa-rupanya, usaha Zahid ini dilakukan tanpa henti-henti bermula dengan usul untuk memutuskan hubungan dengan PPBM di persidangan UMNO di peringkat bahagian dan seterusnya dibawa kepada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020.

Ia seterusnya diikuti dengan gerakan Jajaran Baharu PKR/UMNO/AMANAH/DAP untuk menjatuhkan kerajaan negeri Perak dan usaha memaksa ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO supaya menyokong dengan memanggil mereka secara berseorangan dan memaksa mereka menandatangani persetujuan supaya UMNO menarik diri daripada PN. Dokumen kononnya persetujuan MKT ini pula kemudiannya akan digunakan untuk memaksa Ahli-ahli Parlimen UMNO untuk menarik sokongan daripada PN.

Segala tindakan ini telah dilakukan dengan melanggar peraturan parti dan menggunakan cara tipu muslihat Zahid. Sebagai contoh, ketika PAU 2020, usul yang dibawa ketika itu tidak diundi oleh perwakilan. Sebaliknya, pengundian dibuat semasa ucapan penggulungan Presiden.

Selain itu, satu lagi penipuan Zahid adalah berhubung dengan surat kepada Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin kononnya UMNO telah memutuskan untuk menarik diri dari PN susulan keputusan mesyuarat MKT di Janda Baik. Hakikatnya, di dalam mesyuarat tersebut tiada keputusan seperti itu yang dibuat.

Begitu juga dengan keputusan untuk menangguhkan pemilihan UMNO selama 18 bulan, tiada sebarang mesyuarat MKT yang dibuat sebaliknya pertanyaan hanya dibuat melalui whatsapps tanpa ada keputusan dan sebarang perbincangan.

Terakhir, penipuan Zahid terbongkar lagi apabila tersebar verbatim Zahid menipu kepada Yang Dipertuan Agong di mana beliau mendakwa kononnya mesyuarat MKT UMNO telah membuat keputusan untuk menarik sokongan kepada kerajaan PN pada 1 Ogos 2021. Dalam verbatim tersebut, Zahid juga memberitahu kepada YDPA kononnya semua menteri, timbalan menteri, pengerusi GLC dan Ahli Parlimen dari parti UMNO juga telah berjanji untuk menarik balik sokongan terhadap PN. Realitinya, mesyuarat MKT yang didakwa Zahid itu tidak pernah berlaku.

Terkini, satu tamparan kepada Zahid kerana Ahli-ahli Parlimen UMNO telah menolak cadangan untuk tarik diri dari PN. Alasan yang diberikan oleh Ahli-ahli Parlimen ini sememangnya rasional iaitu untuk mengurangkan politicking dan menumpukan kepada usaha membela nasib rakyat yang terkesan di dalam perang kita melawan pandemik Covid-19.
Ahli dan penyokong-penyokong UMNO kena berterima kasih dan bersyukur kerana masih ada pemimpin yang berani untuk mendedahkan pembohongan dan muslihat Zahid.

Jika tiada pendedahan yang dimulakan oleh Annuar Musa, disusuli dengan pendedahan-pendedahan oleh DS Shahidan Kassim, Datuk Zahidi Zainul Abidin, TS Nazri Aziz dan penolakan-penolakan daripada ahli MKT yang tidak menyokong Zahid, mungkin hari ini UMNO sudah berada di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim dengan kerjasama DAP membentuk kerajaan baru. Hari ini panglima Pasir Salak pun sudah sedar, Ketua Pemuda UMNO pun nampaknya kembali bijaksana.

Pesan saya, kamu boleh membuang ahli-ahli UMNO sebagaimana kamu membuang Tun Mahathir dahulu, dan kini Annuar Musa dan sesiapa yang tidak sealiran dengan Jajaran Baharu kamu, tetapi ingatlah mutiara yang kamu buang ke dalam laut, ia tetap bersinar, semakin dalam ia semakin bersinar. Bermuhasabahlah Zahid.

Hari ini, UMNO menerima hadiah TPM dan Menteri Kanan di samping berbelas Menteri, Timbalan Menteri, Pengerusi-Pengerusi GLC dan sebagainya. Bersyukurlah, PPBM pun tidak sebanyak itu. Bersyukurlah.
Mereka siang dan malam memikirkan menyelamatkan rakyat, hinggakan TV asing dari Singapura, China dan Asia datang ke Kuala Lumpur belajar bagaimana Annuar Musa mengubah sang gelandangan menjadi manusia berdarjat, memiliki pekerjaan, rumah dan masa depan.

Saya pernah menghadiri sesi perbincangan, kadang-kadang saya kasihan tengok Annuar Musa termangu sesaat ketika sedang berbincang apa lagi perlu dibantu, di mana lagi dan rungutannya yang menghiris jiwa ialah kenapa lambat beri bantuan?

Berhentilah Zahid mengganggu fokus mereka, jangan UMNO dilihat asyik berpolitik di kala rakyat susah, wal hal yang tidak henti-henti berpolitik kamu seorang dua sahaja. Apa kata kamu berehat dan tumpukan sepenuh perhatian membersihkan diri dalam kes Mahkamah? Sedarilah, masa kamu sudah berlalu, keadaan sudah tidak memihak kamu. Hari ini adalah new politik, new era, bukan era majoriti UMNO, bukan zaman majoriti BN, mimpi indah itu sudah berlalu. Berehatlah Zahid. Era IR 4.0 sekarang, UMNO memerlukan watak Harry Kane, England.

Dr. Zach & RP,
Political Science,
Putrajaya

Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis

(Visited 401 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button