fbpx
Nasional

Tol: Tuduh tidak pandai kira, Najib minta Tony Pua kemuka kerugian pencarum KWSP

“JIKA bukan RM68 bilion, berapa angkanya? Itu pertanyaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Tony Pua berkaitan kerugian yang akan ditanggung oleh pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berikutan keputusan kerajaan memberi diskaun tol sebanyak 18 peratus kepada pengguna lebuh raya.

Najib berkata, dia tidak mahu lagi melakukan kira-kira kerugian yang akan ditanggung oleh pencarum KWSP kerana jumlah yang dikemukakan beliau iaitu sebanyak RM68 bilion tidak diterima oleh Tony sekaligus tidak mahu membangkitkan kemarahan Setiausaha Politik kepada Lim Guan Eng itu.

“Tony Pua amat bengang dengan saya. Dia keluarakan kenyataan media hari ini untuk bidas saya. Dia kata saya double-counting dan salah kira. Bahawa kerugian kepada pencarum KWSP bukan setinggi RM68 bilion bagi tempoh konsesi tol yang dilanjutkan.

“Dia suruh saya jangan salah gunakan kenyataan kerajaan PH bahawa pengguna tol akan jimat RM26 bilion dan kerajaan akan jimat RM42 bilion dengan pengstrukturan tol mereka. Okay lah. Saya tak mahu kira sendiri kerana Tony Pua marah,” kata Najib.

BACA ARTIKEL: Najib tak pandai kira-kira diskaun tol PLUS, kata Tony Pua


Menurut Najib,  memandangkan pengguna membayar tol kepada PLUS dan kerajaan tak lagi bayar pampasan kepada PLUS dan 51 peratus saham PLUS milik kerajaan dan KWSP, Tony Pua diminta menjelaskan beberapa perkara.

“Pihak yang mana akan tanggung penjimatan untuk pengguna tol dan penjimataan kepada kerajaan?(Sudah tentu KWSP. Siapa lagi? Atau Kit Siang yang payung ke?).

“Jika kerugian dan subsidi kepada pengguna tol dan kerajaan yang ditanggung oleh KWSP bukan RM68 bilion, maka berapakah jumlah subsidi dari KWSP ini? RM26 bilion? RM42 bilion? Atau berapa? Bagilah angka. Jangan hanya kata saya salah kira. (Sebelum ini, Guan Eng pernah beritahu bahawa pampasan yang dibayar oleh kerajaan cuma menyumbang 0.5% kepada kadar dividen tahunan KWSP)

“Yang mana lebih besar angkanya? RM100 X 18 tahun atau RM82 X 38 tahun? Adakah janji manifesto PH untuk hapuskan tol atau untuk lanjutkan tol 20 tahun?,” tanya Najib.

Najib juga mahu Tony Pua menjelaskan  cerita dongeng yang ditabur beliau berkali-kali sejak 10 tahun lalu bahawa hanya RM26 bilion diperlukan untuk hapuskan semua tol di Malaysia.

Tony Pua hari ini mendakwa Najib tidak faham kira-kira dan mengeluarkan kenyataan bahawa “jumlah kerugian yang ditanggung pencarum KWSP dan pengguna tol masa depan sepanjang baki konsesi” ialah RM68 bilion, atau dengan mencampurkan kedua-dua jumlah RM26 bilion dan RM42 bilion.-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button