Nasional

PKP: Tak cukup dengan maki, petugas keselamatan dilempar air kencing pula

LEMPAR  air kencing. Itu tindakan terbaharu oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ke atas petugas keselamatan.

Jika sebelum ini para petugas terbabit hanya kena maki hamun kini tindakan yang dipercayai oleh sebahagian warga asing di ibu kota yang kediaman mereka kena PKPD lebih drastik.

Memetik laporan SInar Harian mereka bertindak melakukan protes melempar sampah dan air kencing kepada petugas keselamatan yang bertugas.

Setakat ini kawasan kediaman yang dikenakan PKPD di ibu kota ialah bangunan Malayan Mansion dan Selangor Mansion di Jalan Masjid India sejak Selasa lalu serta Menara Plaza City One di Jalan Munshi Abdullah bermula 31 Mac lalu.

Sumber memberitahu Sinar Harian, petugas terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) terpaksa berdepan situasi itu ketika melakukan kawalan selama 24 jam di kawasan berkenaan.

Difahamkan mereka bertindak demikian kerana tidak berpuas hati terhadap perintah PKPD kerana kemungkinan kerana masalah mendapatkan bekalan makanan.

“Bukan saja-saja askar pakai helmet ketika berkawal di bangunan-bangunan kediaman itu. Jika kita lihat ketika kawalan sekatan jalan raya, askar tak pakai helmet pun, hanya pakai beret.

“Pakai helmet sebab nak elak daripada kena benda yang dibaling dari atas. Bawang putih pun dibaling dari dalam rumah. Jadi kita tak dapat kenal pasti dari unit mana,” kata sumber itu kepada Sinar Harian.

Namun keadaan dikatakan terkawal dan semua penghuni semua akur dengan perintah yang dilaksanakan bagi mengawal penularan wabak Covid-19 yang kini sudah meragut 67 nyawa di seluruh negara.

BACA

Setakat ini Kementerian Kesihatan berjaya melakukan saringan dan ujian terhadap dua pertiga daripada keseluruhan penduduk di tiga kawasan PKPD itu.

Selain tiga bangunan di Kuala Lumpur itu, ia turut membabitkan penduduk di  Simpang Renggam, Johor; Hulu Langat, Selangor dan Menara City One di Kuala Lumpur.

Kementerian dijangka mengambil masa kira-kira 10 hari untuk melakukan saringan ke atas semua penduduk di bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Kuala Lumpur yang dikenakan PKPD berkuat kuasa hari ini.

Mengenai masalah kekurangan barangan makanan dan keperluan asas, pelbagai pihak telah menghulur bantuan dan sumbangan kepada penduduk terbabit termasuk daripada pihak kedutaan. – SM

(Visited 115 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button