Nasional

Lelaki rempuh anggota JPJ di sekatan jalan raya kena denda RM5,000

SEORANG Penunggang motosikal yang  merempuh anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu sekatan jalan raya (SJR), yang tular  Ahad lalu didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret, Port Dickson hari ini.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Uthman Abd Ghani terhadap Nor Khairul Azwa Azizi, 25, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan jurubahasa.
Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara tiga bulan jika tertuduh gagal membayar denda itu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menghalang tugas penjawat awam iaitu anggota penguatkuasa JPJ, Mohd Nurhakim Mohd Razif, 29, dari menjalankan fungsi amnya.
Kesalahan itu dilakukan pada 17 September 2023, jam lebih kurang 11 pagi di Kilometer 28 Lebuhraya Seremban-Port Dickson.
Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda boleh sampai RM10,000 atau kedua-duanya.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda minimum kerana perlu menanggung seorang anak dan isteri yang sedang mengandung selain telah diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Izzaty Mohd Zainal mohon hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran kepada tertuduh serta orang awam supaya tidak menghalang tugas penjawat awam. – SM
(Visited 144 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button