BeritaNasional

‘Saya akan bunuh awak’ – kanak-kanak darjah satu

ADAKAH pernah terbayang pertuturan kanak-kanak akan dipengaruhi oleh persekitaran yang didedahkan kepada mereka.

Salah satunya adalah permainan video dalam telefon pintar.

Namun, hal demikian berlaku dalam kelas dekat sebuah sekolah di Shah Alam apabila kanak-kanak darjah satu berkomunikasi sesama mereka.

Perkara tersebut didedahkan seorang guru yang enggan identitinya didedahkan ketika sedang mengajar di dalam sebuah kelas.

Guru berkenaan menceritakan, ketika sedang mengajar dia mengesan sekumpulan kecil muridnya sedang bertukar-tukar potongan kertas.

[BACA ARTIKEL] Polis ambil tindakan anggota gari tangan kanak-kanak — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Luahan hati kanak-kanak berusia 10 tahun dapat perhatian Mufti Wilayah – Suara Merdeka

Namun, apa yang mengejutkan adalah bagaimana kanak-kanak itu boleh menyampaikan ayat kepada rakan sekelasnya yang ditulis ‘saya akan bunuh kamu’.

“Terdiam sebentar apabila sekumpulan tiga hingga empat orang murid berusia tujuh tahun berkomunikasi sedemikian sesama mereka.

“Mungkin itu nampak seperti gurauan anak-anak kecil. Namun, itulah pengaruh yang mereka peroleh daripada permainan dalam telefon pintar.

“Lebih membimbangkan, mereka menyamar sebagai murid kelas lain untuk ‘mengugut’ rakan sekelasnya” katanya hari mendedahkan kepada Suara Merdeka hari ini.

KANAK-KANAK darjah satu cenderung berkomunikasi dengan rakan mereka dan berkongsi minat termasuklah hal berkaitan permainan telefon pintar. – Gambar FOTOBULLETINPRA.BLOGSPOT.COM

Tambah guru berkenaan lagi, mereka dikatakan mempunyai minat yang sama iaitu permainan video seperti ‘People Unknown Battlegrounds’ (PUBG).

“Permainan tersebut untuk orang dewasa. Ia tidak sesuai dengan kanak-kanak, kerana mengandungi aksi-aksi ganas seperti pembunuhan kejam.

“Setiap perbualan dalam permainan tersebut diingati oleh murid-murid itu kemudian dijadikan bahan komunikasi antara mereka.

[BACA ARTIKEL] Jangan guna sekolah, kanak-kanak sebagai ejen rasis, kata Ketua Pemuda DAP — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Pengetua didakwa terlibat pengantunan seksual dikeluarkan daripada sekolah — Suara Merdeka

“Impaknya, kanak-kanak ini berpotensi bertindak kasar, tidak menghormati dan bersikap agresif terhadap sesiapa sahaja yang berada disekeliling mereka,” tegasnya.

Pantau penggunaan telefon pintar anak

Dalam pada itu, guru berkenaan meminta supaya ibu bapa memantau penggunaan telefon pintar anak-anak mereka termasuk aplikasi yang sering digunakan.

Tambah guru itu lagi, teknologi telefon pintar kini membenarkan ibu bapa membuat sekatan terhadap beberapa aplikasi atau laman web supaya tidak boleh diakses.

Malah terdapat sebahagian telefon pintar mempunyai mode keselamatan kanak-kanak yang menyekat mereka daripada mengakses aplikasi atau laman web tidak bersesuaian dengan mereka. – SM

(Visited 194 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button