Nasional

At Tawarruq perkasa perkhidmatan Ar Rahnu

AT TAWARRUQ bakal menjadi panduan dalam pelaksanaan perkhidmatan Ar Rahnu atau pajak gadai yang lebih menepati syariah.

Konsep tersebut merupakan resolusi daripada Seminar Pematuhan Syariah Ar Rahnu anjuran Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat).

Seminar itu mendapat kerjasama daripada Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi MARA (UiTM).

At Tawarruq diperkenalkan susulan kenyataan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM) menyatakan struktur semasa Ar Rahnu tidak patuh syariah.

Pengerusi Koop Sahabat, Mohd. Najib Mohd. Nor berkata, onsep At Tawarruq bertepatan dengan pelaksanaan Fikh Muamalat,ekonomi dan kewangan Islam masa kini.

Katanya, penggabungan konsep tersebut dalam Ar Rahnu membolehkan aktiviti perniagaan itu dijalankan secara patuh syariah.

“Konsep ini, diputuskan menerusi resolusi yang dibentangkan dalam Seminar Pematuhan Syariah Ar Rahnu setelah mendengar pembentangan kertas kerja daripada tiga orang panel.

“Pelaksanaan seminar ini bertujuan bagi mencari alternaif pelaksanaan terbaik bagi melaksanakan struktur baharu kontrak pinjaman yang memenuhi piawaian syariah,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

[BACA ARTIKEL] Pahang ke arah atlet pakai patuh syariah — Suara Merdeka

Tambahnya, kira-kira 150 peserta dalam kalangan penggiat koperasi tempatan menyokong penganjuran seminar tersebut bagi memperkasakan semula Ar Rahnu.

“Turut memberi sokongan seminar adalah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

“Pengarah SKM Wilayah Persekutuan, Amran Kadir berkata akan mengeluarkan garis panduan berkenaan Ar Rahnu kepada penggiat koperasi di Malaysia,” ujarnya. – SM

(Visited 866 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button