BeritaNasional

Duta Jepun sampaikan ucapan sempena Hari Kucing dalam bahasa Melayu

KEFASIHAN Duta Jepun di Malaysia, Hiroshi Oka menyampaikan ucapan sempena Hari Kucing yang disambut di negara Matahari Terbit itu dalam bahasa Melayu menarik perhatian netizen.

Dalam ucapan ringkas yang disiarkan menerusi laman Facebook rasmi kedutaan itu, Oka berkata, tarikh 22 Februari disambut setiap tahun bagi meraikan kucing-kucing di negara tersebut.

“Hari ini adalah Hari Kucing di Jepun. Hari ini dipilih sebagai Hari Kucing kerana 22 Februari di dalam bahasa Jepun berbunyi seperti Ni Ni Ni.

“Hari Kucing disambut sebagai tanda terima kasih kepada kucing di atas kasih sayang yang diberikan kepada kami.

“Hari Kucing juga bagi memberi kesedaran tentang pentingnya untuk menjaga kucing-kucing jalanan,”  katanya sambil memangku seekor kucing miliknya bernama Bobo yang kini berusia 12 tahun.

Oka berkata, beliau percaya ramai pencinta kucing ada di Malaysia dan tidak sabar untuk bertemu mereka serta kucing-kucing tersebut.

Lebih menarik, kebanyakan netizen turut membalas hantaran mereka dengan menyertakan gambar kucing masing-masing.

(Visited 391 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button