Rencah Hidup

Timbalan Menteri PN terlelap atas pentas ketika majlis berjalan

SEORANG Timbalan Menteri Kerajaan Perikatan Nasional dirakam terlelap dalam sebuah majlis graduasi menjadi tular di media sosial.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith dari parti Bersatu itu kelihatan tidur nyenyak di atas pentas ketika majlis sedang berjalan.

Dalam rakaman video berdurasi lebih satu minit itu, Eddin Syazlee yang turut menyarung jubah konvokesyen terpaksa dibangunkan oleh dua individu yang berada di atas pentas bagi meneruskan majlis.

Bagaimanapun kedua-dua mereka gagal untuk membangunkan beliau sehingga seorang lelaki naik ke atas pentas untuk membangunkan Eddin Syazlee. Timbalan Menteri Kerja Raya itu berjaya dibangunkan.

Pada 11 November 2019, Eddin Syazlee yang ketika itu Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), dilaporkan pitam ketika persidangan Dewan Rakyat.


Dewan Rakyat terpaksa ditangguhkan selama 10 minit kerana Eddin Syazlee dikatakan pitam ketika sedang duduk di tempatnya.-SM

(Visited 1,694 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button