Luar Negara

Vaksin Covid-19 Sinovac diedarkn ke 34 wilayah Indonesia hari ini

SEBANYAK tiga juga dos vaksin Covid-19 Sinovac akan diedarkan ke 34 wilayah di Indonesia mulai hari ini

Juru cakap Vaksin Covid-19 PT Bio Farma,  Bambang Herianto berkata, pihaknya telah menyiapkan kemudahan untuk proses pengedaran vaksin tersebut.

Menurutnya, 10,000 petugas lebih dari 40 pejabat kesihatan pelabuhan (KKP) di seluruh negara telah disiapkan untuk melaksanakan proses pengedaran bvaksin tersebut.

“Semuanya sudah disiapkan untuk menerima vaksin ini. Vaksin ini bukan program pertama kali dilakukan di Indonesia, banyak sekali program vaksinasi selama ini dan berjalan baik dilakukan oleh Kementerian Kesihatan,” ujar Bambang.

Bambang memastikan dalam pengedaran vaksin ke seluruh wilayah di Indonesia akan melibatkan pelbagai pihak berkaitan.


Hal itu dilakukan agar perjalanan dari Bio Farma sebagai pengedar utama dapat berjalan dengan baik.

“Sehingga nanti perjalanan dari Bio Farma ke pusat kesihatan masyarakat  berjalan baik.

“Sehingga vaksin nanti yang akan digunakan masyarakat benar-benar terjamin mutu dan kualitinya, dan dapat dijaga simpanannya, pengedaran dan sampai kepada pusat kesihatan,” katanya.  – DETIK.COM

 

(Visited 87 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button