NasionalNegeriRencah Hidup

Suara Merdeka diberi penghargaan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis

PORTAL berita SUARA MERDEKA  (SM) antara yang diberi penghargaan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis bagi menerima penghargaan atas sumbangan menerusi sebaran maklumat kesihatan untuk disampaikan kepada rakyat.

Plak penghargaan Majlis Apresiasi Media Kesihatan dan Rakan Strategik ANMS di Mess Pegawai Kanan Polis, Jalan Raja Muda Kangar, petang ini.

Penghargaan ini disampaikan menerusi Majlis Apresiasi Media Kesihatan dan Rakan Strategik Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di Mess Pegawai Kanan Polis, Jalan Raja Muda Kangar, petang ini.

Plak penghargaan ini disampaikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, Dr Ismuni Bohari kepada wakil Suara Merdeka, Sholina Osman.

Hadir sama Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr Ghazali Chik.

Selain itu terdapat juga media lain yang diberikan penghargaan termasuk RTM, Bernama, Utusan, Kosmo, Harian Metro, Sin Chew Daily dan Kwong Wah Yit Poh.

JKN Perlis juga memberikan penghargaan untuk jabatan dan agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi (IPT) dan juga badan bukan kerajaan (NGO).

Barisan media yang berikan penghargaan termasuk Suara Merdeka sempena Majlis Apresiasi Media Kesihatan dan Rakan Strategik ANMS di Mess Pegawai Kanan Polis, Jalan Raja Muda Kangar, petang ini.

Ismuni dalam ucapannnya berhasrat menjadikan majlis apresiasi ini sebagai acara tahunan pada masa akan datang.

“JKN Perlis sangat menghargai kerjasama semua pihak ini bagi memastikan slogan Perlis Hebat! Sihat Milik Semua akan tercapai,” katanya. – SM

BACA Raja Muda Perlis hargai jasa pengamal media: SUARA MERDEKA terima Anugerah Media Istimewa

(Visited 161 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button