Nasional

Kaji sedalam-dalamnya sebelum laksanakan Digital ID

Yang untung ialah cukong-cukong atau kontraktor pembekal perisian

PELAKSANAAN Digital ID atau IDN perlu dikaji sedalam-dalamnya sebelum dipersetujui oleh Kerajaan Madani untuk direalisasikan.

Tanpa kajian secara mendalam yang wajib dibuat terlebih dahulu dengan mengambil kira semua aspek keselamatan, privasi rakyat, kos dan lain-lain, Putra menolak cadangan Kerajaan Madani untuk melaksanakan Digital ID.

Demikian kata Presiden Putra, Datuk Ibrahim Ali dalam kenyataannya.

Penolakan ini pada hemat Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Tok Him, ada rasionalnya kerana yang memiliki industri maklumat (IT) dalam negara, dikuasai oleh bangsa asing.

“Maka sikap berhati-hati mesti diutamakan sebelum gopoh-gapah pelaksanaannya.

“Pelaksanaan IDN yang dibuat dalam keadaan tergesa-gesa pasti menimbulkan kegelisahan rakyat.

“Banyak persoalan termasuk hal-hal berkaitan dengan keselamatan dan privasi peribadi masih belum terjawab dengan meyakinkan,” kata Tok Him dalam kenyataan yang sama.

Beliau menegaskan, pastinya pelaksanaan Digital IDN ini memang seperti durian runtuh kepada yang diberi ‘projek’ untuk melaksanakan Digital ID.

Katanya lagi, ini menyerah privasi peribadi setiap rakyat yang majoriti orang Melayu, bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang ringan.

“Pengalaman-pengalaman sebelum ini amat terkesan terutamanya kepada orang Melayu. Jangankan untuk bangunkan sendiri aplikasi baru seperti ini, untuk baiki atau repair pun tidak berdaya.

“Negara seperti Canada yang jauh lebih maju dari Malaysia secara tegas menolak pelaksanaan IDN atas sebab keselamatan dan privasi rakyatnya,” ujar beliau.

Tok Him berkata, dewasa ini, masalah penipuan siber atau “scam” masih tidak dapat dibendung.

“Kemungkinan besar pelaksanaan IDN bakal mengundang satu lagi jenayah digital dalam bentuk baharu dalam  kalangan masyarakat kita,” katanya.

Beliau berkata, IDN adalah merupakan satu “rantai ghaib” yang dipasang ke atas badan seseorang.

“Dengan kaedah Artificial Inteligent (AI) setiap pergerakan, citarasa hatta pemikiran pemakai IDN adalah mudah dikawal seolah-olah haiwan yang dirantai,” ujar Tok Him lagi.

Tambah beliau, rekod-rekod rasmi peribadi seperti Mykad sudah  memadai untuk pengenalan diri rakyat Malaysia.

“Pelaksanaan IDN bukan sahaja menambahkan lagi beban tugas kakitangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) malah akan meningkat lagi perbelanjaan kerajaan.

“Yang bakal mendapat laba dalam perojek pelaksanaan IDN adalah cukong-cukong atau kontraktor pembekal segala peralatan, bahan, software atau perisian dan hardware berkaitan,” katanya. – SM

BACA Balak ditebang macam pokok lalang – Ibrahim Ali

BACA Menteri Dalam Negeri kena adil kepada semua parti politik – Ibrahim Ali

(Visited 329 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button