BeritaPendidikanRencah Hidup

IMRAN Eratkan Ukhwah PTPTN, Mahasiswa UPSI

PROGRAM Imarah Ramadan atau IMRAN yang dianjurkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dapat mengeratkan hubungan antara organisasi itu dengan mahasiswa universiti awam di negara ini.

Program IMRAN yang diadakan semalam di Pusat Pelajar, Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS), dirasmikan Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN, Datuk Rosni Sohar.

Menurut beliau, program memasak Bubur Lambuk Perdana yang membabitkan juga Majlis Perwakilan Pelajar  (MPP) dan Majlis Mahasiswa Kolej (MMK)  itu antara lain bertujuan menjalin hubungan ukhwah antara PTPTN dengan mahasiswa.

PTPTN, katanya,  memilih 14 institusi pengajian tinggi awam  termasuk politeknik bagi menganjurkan IMRAN yang menyaksikan bubur lambuk dimasak oleh mahasiswa di kolej kediaman mereka.

Sempena IMRAN , mahasiswa UPSI bergotong-royong memasak bubur lambuk di kolej kediaman mereka seawall pukul 10.00 pagi.


“Program ini inisiatif tanggungjawab sosial korporat PTPTN  yang diadakan sejak tahun 2021 bagi bagi menjalin hubungan dengan masyarakat  khasnya mahasiswa di institusi pengajian tinggi serta pengurusan  mereka di seluruh negara,” jelasnya.

Hasil gotong-royong, sebanyak 1500 bekas bubur lambuk diedarkan kepada mahasiswa UPSI atau kira-kira 12,000 bekas untuk semua institusi pengajian, ujar beliau.

Katanya lagi, memasak  bubur lambuk secara gotong-royong secara tidak langsung dapat memupuk nilai murni  dalam membentuk sahsiah mahasiswa universiti selain sasaran kecemerlangan akademik.

Menurut Rosni, instrument Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) memberi pelbagai manfaat untuk masyarakat Malaysia seperti pelepasan cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit , dividen kompetitif, Geran Sepadan percuma sehingga RM10,000 satu keluarga yang layak, patuh syariah serta dijamin oleh kerajaan.

Sementara itu, Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff menganggap usaha pihak PTPTN ke kampus menjayakan IMRAN bersama mahasiswa  dan kakitangan Jabatan Hal Ehwal pelajar dan Alumni sebagai usaha yang baik dalam memahami peranan dan tanggungjawab PTPTN dalam membantu mahasiswa menjayakan pengajian mereka selain membentuk nilai keinsanan dalam kalangan mahasiswa .

Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed pula menyifatkan program IMRAN itu sebagai platform untuk mahasiswa berbakti menjayakan program tanggungjawab sosial korporat PTPTN yang banyak berjasa dalam pembiayaan pengajian mereka.

Katanya, UPSI menggunakan khidmat Bank Islam untuk mengagihkan wang pinjaman dari PTPTN yang sangat membantu dan selesa untuk mahasiswa berurusan.

“Nilai keinsanan penting dipupuk kerana mahasiswa UPSI bakal menjadi pendidik dalam mencorakkan generasi akan datang  menjayakan segala aspirasi negara .

Hadir sama Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Mastura Mohd Khalid; Pengerusi Majlis Pengetua, Prof Madya Dr Mohd Nizam Nasrifan serta Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, Prof Madya Dr Mohd. Izwan Shahril. – SM

(Visited 99 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button