Rencah Hidup

Ebit Lew serah sumbangan kepada keluarga mangsa KRI Naggala 401

KEMALANGAN yang berlaku melibatkan kapal selam KRI Naggala 401 kepunyaan Tentera Laut Indonesia (TNI) benar-benar menyentuh hati pelbagai pihak.

Bukan sahaja rakyat Indonesia, rakyat negara ini juga terkesan dengan tragedi yang berlaku ketika umat Islam sedang menyambut Ramadan.

Turut terkesan ialah pendakwa bebas, Ustaz Ebit Lew yang menyatakan rasa sebak dengan apa yang berlaku dan bercadang untuk membantu keluarga mangsa.

“Sayu sebak bila dapat panggilan video ahli keluarga tragedi KRI Nanggala-402. Selalu berdoa Allah bantu dan beri kekuatan buat mereka dan ahli keluarga.

“Saya niat nak beri kata semangat doa dan beri sumbangan untuk 5 keluarga yang susah mangsa tragedi KRI Naggala-402. Bila call terasa seperti sebuah keluarga,” katanya.

Sementara itu, Ebit berkata, dia bersyukur dapat menghubungi keluarga Serda Diyut Subandriyo dengan bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aksi Cepat Tanggap.

Menurut Ebit, Serda Diyut meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak.

“Dapat bercakap dengan keluarga dan anak beliau. Comel anaknya. Keluarga minta doakan anaknya boleh bercakap dan berjalan. Sekarang umur 5 tahun. Kerana belum boleh bercakap dan berjalan.

“Sayu sahaja rasa tengok anaknya yang tak tahu apa-apa. Masa berdoa bersama tadi keluarganya sebak sedih. Mereka baru lepas berbuka dan sedang bacaan Yasin,” katanya.

Minggu lalu, pihak Panglima Tentera Laut Indonesia telah mengesahkan bahawa kapal selam tersebut tenggelam di Perairan Bali dengan kedalaman 835 kilometer dan  kesemua 53 kru kapal dinyatakan terkorban. -SM

(Visited 154 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button