Politik

Tiga ADUN Amanah Johor lompat ke PKR

TIGA orang Ahli Dewan undangan negeri (Adun) Amanah dari Johor dilaporkan keluar daripada parti tersebut untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Menurut Malaysiakini, ketiga-tiga mereka adalah Khairuddin A Rahim (ADUN Senggarang), Faizul Amri Adnan (ADUN Serom) dan Muhamad Said Jonit (ADUN Mahkota).

Portal tersebut menyatakan, perkara itu disahkan oleh Khairudin dan tiga sumber daripada PKR.

Sebelum ini media melaporkan dua ADUN Amanah dari Selangor – Adun Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar serta Adun Sabak, Ahmad Mustain Othman turut menyertai PKR iaitu rakan sekutu Amanah dalam Pakatan Harapan.-SM

 


 

(Visited 446 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button