Hiburan

Zara Zya kini milik orang, tak nafikan dirinya sudah bertunang?

RAMAI peminat lelaki menzahirkan rasa sedih apabila dikhabarkan pelakon jelita, Zara Zya sudah bertunang dan kini menjadi milik jejaka yang bertuah.

Lebih-lebih lagi apabila gambar Zara Zya disarungkan cincin oleh seorang wanita yang ditutup wajahnya tular dalam pelbagai kumpulan media sosial.

Menimbulkan rasa teruja, Zara Zya tidak memaklumkan sama ada ia bertujuan untuk penggambaran drama, klip video atau sebagainya.

Gambar Zara Zya kononnya disarungkan cincin tunang tular
Gambar Zara Zya kononnya disarungkan cincin tunang tular

Tetapi tampil selesa dengan jawapan akan mengumumkan sesuatu apabila tiba masanya dan buat masa ini memohon doa yang baik-baik.

Zara Zya, 39, atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin sebelum ini pernah digosipkan dengan pelawak, Shuib dan usahawan, Alha Alfa.

Namun pasangan Shuib kini semakin jelas iaitu Watie manakala Alha Alfa pula mengiystiharkan dia adalah BFF kepada Zara Zya.

Apa-apa pun, semoga tabah serta kuat dalam melayari dugaan semasa bertunang dan selamat menjalani detik-detik manis percintaan. Semoga berbahagia! – SM

(Visited 1,489 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button