Hiburan

Mat London meninggal dunia pada usia 74 tahun

Pelakon dan pengarah, Mat London meninggal dunia di usia 74 tahun akibat komplikasi penyakit di Hospital Kuala Lumpur, pada pukul 5.57 pagi tadi.

Kenangan Mat London bersama suara merdeka menonton tayangan Polis Evo

Perkara itu diberitahu oleh anaknya Salmany Akir Ahmad menerusi facebook pada pukul 6.30 pagi tadi.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Taman Melawati pagi ini dan akan dikebumikan selepas solah Jumaat.

Terdahulu, arwah dirawat di unit Rawatan Rapi (ICU) HKL sejak 16 Jun lalu akibat jangkitan paru-paru dan berada dalam keadaan kritikal.

Bagaimanapun Mat London yang terkenal dengan watak Pak Karim dalam siri Kampung Pisang terpaksa ditidurkan pada 26 Jun lalu selepas keadaan bertambah kritikal dan tidak memberi sebarang tindak balas.

Selain masalah paru-paru dan keupayaan jantung yang lemah untuk mengepam darah, Allahyarham juga menghidap masalah buah pinggang.

Artikle berkaitan ;>

Mat London kekal Presiden FDAM bagi penggal 2021-2022

(Visited 159 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button