Hiburan

I’m done: Puteri Sarah Liyana beri bayangan rumah tangga hancur

PELAKON Puteri Sarah Liyana yang juga menantu produser six million dollar, Datuk Yusof Haslam yang baru-baru ini menyantun wartawan hiburan pilihan dalam majlis berbuka puasa, meluahkan perasaannya yang merasakan sudah cukup baginya bertahan dalam kemelut rumah tangganya akibat kehadiran orang tengah.

Isteri kepada pengarah filem, Syamsul Yusof berkata, beliau sudah bersedia untuk hidup tanpa suaminya itu jika itu takdirnya.

“I’ m done. Sudah cukup dengan persekitaran toksik. Sarah nak kerja dan nak fokus menunaikan umrah minggu depan dan masa depan anak-anak.

“Saya nak jaga diri dan kesihatan mental. Lihat IG stories Sarah hari ni.

“Sekarang saya terbabit dalam program-program CSR membantu masyarakat dengan kerjasama MySetiawanga. Ini lebih positif,” katanya ketika ditemui di Program Petrol Percuma untuk Penunggang P-Hailing dan Frontliners di Stesen Petron Sri Rampai, anjuran MySetiawanga.

Tangkap layar IG Puteri Sarah Liyana memberi mesej yang jelas kepada Ira Kaza yang dipercayai orang ketiga yang menganggu hubungannya dengan Syamsul sejak empat tahun lalu.

“Assalamualaikum dari dulu until now I diganggu dengan fake account, diganggu dengan komen-komen yang menyakitkan hati I tapi tak apa I sabar.

“U kacau mental I dari 2019 lagi sampai kita orang sudah tak tinggal sebumbung, tak puas hati lagi ke?

“Bila kita orang berbaik, U ugut suami I pulak. Hari ni I tengah busy dengan anak-anak, tiba-tiba I terima berita yang menyakitkan selama ni.

“Apa U buat U kacau I, I diam je dan sebab I nak jaga nama baik family.

“Tapi kali ni rasanya U dah lebih sangat. Siap cakap pasal anak-anak I.

“U tu orang luar tak perlu masuk campur. What happened right now U and the rest of the world cuma tahu surface sahaja.

“Kali ini cukuplah U ganggu I lagi-lagi bila I nak pergi umrah. Four years I menanggung di bulan baik ini, I doakan korang berdua, Ira Kaza dan suami I diberi hidayah.

“Berhati-hati doa orang yang teraniaya itu Allah akan makbulkan lagi-lagi di bulan puasa.”

Catatan kedua Sarah berbunyi :

“Tak silap I, U dah ada boyfriend kan Ira Kaza? Semuanya tak kekal.

“Also baru-baru ni pun U ada BF kan? Mana pergi semua BF-BF U?  Kenapa nak kena kejar suami orang lagi?

“Memang takde maruah ke hadap suami orang? Sebab nak harta dia?

“Grow up and worklah girl even I pun working cari duit sendiri. Jangan ambil jalan mudah minta duit dekat suami orang.

“Selama four years I diam, membiarkan tapi makin lama U pijak kepala I.”

Ketika ditanya adakah Sarah bersedia untuk melepaskan rumahtanggannya?

“Ya, andai itu takdirnya, saya terima reha. Hidup perlu diteruskan.

“Saya bukan hidup harap kesenangan daripadanya, dari dahulu saya tak bergantung padanya. Ikhtiar hidup cari rezeki sendiri.

“With or without him, insya-Allah saya dan anak-anak akan survive.

“Saya ada keluarga dan keluarga mentua yang sentiasa beri sokongan moral dan mental.

“Mereka tahu susah senang saya selama ini,” katanya.

Sebelum ini , kisah rumah tangga pasangan selebriti itu didakwa sedang dilanda masalah sehinga mendapat perhatian netizen.

Sarah juga mengakui sudah lama tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul dan dia mendakwa suaminya itu tahu kenapa dia ‘dingin’.

Syamsul juga mengaku mereka sudah tidak tinggal sebumbung tetapi tidak bermaksud mahu bercerai. – SM

(Visited 1,424 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button