Hiburan

Jenazah allahyarham Abam selamat dikebumikan di Sungai Pusu, Gombak

SEWAKTU azan Maghrib berkumandang, jenazah allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd. Ridzuan secara perlahan-lahan diturunkan ke liang lahad untuk disemadikan sebentar tadi.

Allahyarham yang dilebih dikenali sebagai Abam Bocey meninggal dunia di rumahnya pagi tadi dan dibawa ke hospital untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya.

Jenazah allahyarham dibawa ke Masjid Zakaria, Gombak Utara, sejurus selesai proses bedah siasat untuk dimandi dan dikafankan.

Jenazah allahyarham dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak, untuk disemadikan buat selama-lamanya.

Salam takziah buat seluruh keluarga allahyarham, buat ibunya, isterinya, adik beradiknya. Moga Allah SWT cucuri rahmat ke atas roh allahyarham dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beramal soleh dan solehah. – SM

(Visited 565 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button