fbpx
Nasional

Tiada Touch n Go punca warga emas pandu lawan arus

SEORANG warga emas yang memandu secara lawan arus di Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA) semalam yang tular di media sosial kerana tidak mempunyai kad Touch n Go.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata, warga emas berusia 73 tahun itu memandu dari rumahnya di Seksyen 8 Shah Alam mahu ke Tesco di Seksyen 13.

“Tetapi dia telah tersalah jalan dan memasuki Lebuhraya LKSA, setibanya di Plaza Tol Sri Muda beliau tidak mempunyai kad ‘Touch n Go’, lalu berpatah balik melawan arus untuk balik ke rumah,” katanya dalam kenyataan.

Ekoran itu katanya, warga emas itu ditahan kerana memandu melawan arus sehingga menyebabkan dua kemalangan LKSA.

Baharudin berkata, dalam kejadian pada kira-kira pukul 5 petang tadi itu, lelaki warga tempatan itu telah memandu melawan arus di lebuh raya itu menghala ke pusat bandar Shah Alam, menyebabkan kemalangan di kilometer (KM) 3.1 dan KM6.6.


“Kemalangan pertama di KM 3.1 menyebabkan seorang pemandu kereta jenis Honda City berusia 33 tahun cedera, apabila kereta yang dipandunya terbalik ketika cuba mengelak kereta Perodua Kelisa yang dipandu warga emas berkenaan, manakala di kemalangan di KM6.6 sebuah kereta jenis Perodua Myvi bertembung dengan kereta itu selepas gagal mengelak,” katanya.

Baharudin berkata pemandu kereta berkenaan telah ditahan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, kerana memandu secara melulu.

Terdahulu tular satu video di media sosial melihatkan sebuah kereta dipandu melawan arus di bandar ini.

Pemandu kereta berkenaan dilihat tidak memberhentikan kereta walaupun disuruh pengguna jalan raya yang merakam perbuatan berkenaan, dan hanya berhenti selepas terlibat dengan kemalangan secara berhadapan dengan sebuah kereta yang lain. – SM

(Visited 2 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button