Nasional

TI CPI Malaysia rendah, Azam Baki perlu lepaskan jawatan – Lim Kit Siang

AHLI Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang mengatakan salah satu sebab kenapa Azam Baki perlu melepaskan jawatan sebagai Pesuruhjaya SPRM adalah kerana Malaysia mempunyai markah yang lebih rendah selain Argentina, Turki, Mexico dan Venezuela dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) 2021 berbanding 14 negara yang telah ditewaskan dalam TI CPI 1995 yang diterbitkan 27 tahun lalu.

Beliau berkata, pada tahun 1995, TI meninjau 41 negara manakala pada tahun 2021, 180 negara telah ditinjau. Dari 1995-2011, skala markah maksimum adalah 10 mata tetapi dari tahun 2012 dan seterusnya, skala markah ini telah diubah kepada 100 mata.

Pada tahun 1995, Malaysia memperoleh 5.28 per 10 mata dan menduduki tempat ke-23 daripada 41 negara.

Namun selepas 27 tahun, Malaysia mencatatkan markah yang lebih rendah dalam TI CPI 2021 berbanding 14 negara yang telah dikalahkan dalam indeks asal pada tahun 1995, seperti yang ditunjukkan di bawah, berserta dengan kedudukan dalam indeks di dalam kurungan:

Negara – TI CPI(1995) – TI CPI(2021)


Malaysia – 5.28 (23) – 48(62)

Argentina – 5.24 (24) – 38 (96)

Taiwan – 5.08 (25) – 68 (26)

Spain – 4.35 (26) – 61 (35)

Korea Selatan – 4.29 (27) – 62 (32)

Hungary – 4.12 (28) – 43 (74)

Turkey – 4.10 (29) – 38 (101)

Greece – 4.04 (30) – 49 (59)

Colombia – 3.44 (31) – 39 (88)

Mexico – 3.18 (32) – 31 (125)

Italy – 2.99 (33) – 56 (42)

Thailand – 2.79 (34) – 35 (114)

India – 2.78 (35) – 40 (85)

Filipina – 2.77 (36) – 33 (119)

Brazil – 2.7 (37) – 38 (97)

Venezuela – 2.66 (38) – 14 (177)

Pakistan – 2.25 (39) – 28 (142)

China – 2.16 (40) – 45 (66)

Indonesia – 1.94 (41) – 38 (98)

Dalam negara yang mempunyai integriti dan akauntabiliti, Ketua Pesuruhjaya SPRM sudah pasti melepaskan jawatannya atas laporan laporan TI CPI 2020/2021 yang begitu buruk, di mana kedudukan negara kita jatuh 11 anak tangga dan 5 markah dalam masa dua tahun.

“Selama hampir sebulan, Malaysia dilanda kelumpuhan kerajaan dan parlimen akibat skandal Azam apabila ketua pegawai antirasuah negara itu gagal menjadi contoh integriti, kejujuran dan akauntabiliti berhubung dakwaan pegangan saham yang dihadapinya.

“Harapan bahawa Malaysia boleh menjadi salah satu daripada 30 negara teratas dunia dalam soal integriti menjelang 2030 di bawah kerajaan Pakatan Harapan telah dimusnahkan oleh Langkah Sheraton pada 26 Februari 2020 dan kini kita terpaksa pula menerima keputusan corot dalam TI CPI 2021,” katanya.

Tambahnya, negara telah dijanjikan bahawa di bawah bekas rejim UMNO-BN pada dekad lalu bahawa Malaysia akan mencapai sasaran untuk berada dalam 30 negara teratas dunia dalam soal integriti dan pembanterasan rasuah.

Dalam pada itu, mengkaji kedudukan dan markah TI CPI untuk siri 24 tahun TI CPI dari 1995-2018, tiada alasan untuk sesiapa percaya bahawa sasaran Malaysia berada dalam kedudukan 30 negara teratas TI CPI 2020 boleh dicapai.

“Negara-negara yang telah turun dalam senarai penarafan TI CPI dalam siri pertama pada tahun 1995, seperti China, Thailand, India dan Indonesia, pantas mengejar kedudukan Malaysia, yang telah mengalami kemunduran sejak 1995.

“Mujurlah, trajektori ini dihentikan apabila kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih, dan dalam TI CPI 2019, Malaysia mencapai prestasi TI CPI terbaik dalam tempoh 25 tahun dengan peningkatan enam mata untuk skor TI CPI dan kenaikkan 10 anak tangga dalam ranking TI CPI dengan kedudukan ke-51 dan skor 53 daripada 100.

“Kini kita kembali terjerumus ke dalam kancah rasuah seperti sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 dan perkara buruk bakal berlaku akibat daripada skandal Azam dan kemerosotan sistem integriti dalam kehidupan awam.

“Daripada rekod TI CPI semasa pentadbiran Najib dari 2010-2018, berkemungkinan China akan mengatasi Malaysia dalam siri TI CPI sebelum 2030,” katanya.

Lim Kit Siang berkata, perkara ini telah dihentikan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 kerana kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan menyukarkan China untuk memintas Malaysia dalam laporan TI CPI.

Namun, dengan konspirasi Langkah Sheraton dan terbentuknya dua kerajaan pintu belakang yang dipimpin Muhyiddin dan Ismail Sabri, China mungkin akan mengatasi kedudukan Malaysia dalam kedua-dua markah dan kedudukan dalam indeks TI CPI menjelang 2025 kerana sedia ada pun, markah China ada 45 berbanding dengan 48 di Malaysia, begitu juga dengan Indonesia.

Sementara itu, Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M), Muhammad Mohan telah memberi amaran bahawa Indonesia “bertambah baik secara perlah-lahan” sejak beberapa tahun lalu dan Malaysia harus berhati-hati kerana “suatu hari nanti Indonesia mungkin akan mengatasi Malaysia”.

Dalam TI CPI 2021, Indonesia berada di kedudukan No. 96 dengan skor 38 berbanding kedudukan Malaysia 62 dan skor 48.

“Adalah satu senario menyedihkan jika Indonesia mengatasi Malaysia yang mungkin berlaku sebelum 2030 jika Malaysia terus mundur dalam pencegahan rasuah manakala Indonesia terus membuat kemajuan dalam bidang ini.

“Jika Malaysia tidak bangkit dalam barisan antirasuah, tidak dapat dibayangkan bahawa Indonesia mungkin akan mengatasi Malaysia dalam TI CPI sebelum 2025.

“Malaysia memerlukan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu yang mempunyai satu petunjuk prestasi utama (KPI) yang penting untuk memastikan China dan Indonesia tidak mengatasi Malaysia dalam TI CPI sama ada sebelum 2025 atau 2030,” katanya. – SM

(Visited 43 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button