Luar Negara

Rupanya bakal isteri Putera Mateen cucu bekas penasihat Sultan Brunei

Sejak semalam heboh diperkatakan Putera Sultan Brunei, Pangiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah bakal melangsungkan perkahwinan dengan Dayang Anisha Rosnah Adam.

Pasangan ini bakal disatukan pada awal Januari 2024, sudah pasti ramai rakyat akan menanti dan meraikan perkahwinan mereka.

Pasti ramai tertanya-tanya siapakah gadis ini yang berjaya memikat hati Putera idaman wanita ini.

Anisha merupakan cucu kepada penasihat Sultan, Datuknya merupakan salah seorang menteri dan individu berpengaruh di Brunei Darussalam iaitu Pehin Datuk Awang Isa Awang Ibrahim dari golongan pembesar diraja dengan gelaran ‘Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja’.

Malah Datuknya juga pernah berkhidmat sebagai Pengurusi Pengasas Syarikat Penerbangan Royal Brunei.

Gadis yang memiliki wajah jelita ini merupakan graduan universiti popular di England dan mempunyai perniagaan dalam bidang fesyen dan sektor pelancongan bersama rakan baiknya.

Tidak hanya memiliki wajah yang cantik, Anisha juga gemar memasak dan sering berkongsi di akaun Instagram namun media sosialnya itu ditetapkan dalam mode privasi dan hanya boleh diakses kenalan dan keluarga sahaja.

Abang kepada Dayang Anisha iaitu Danial Deen Isa Kalebic merupakan sahabat baik Putera Mateen, ramai warganet cair melihat ketampanan abangnya.

Pasti ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan wedding of the year pasangan itu.

Istiadat perkahwinan pasangan diraja ini akan berlangsung selama 10 hari bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja itu akab bermula pada 7 Januari tahun depan. – SM

Artikle Berkaitan :>

Sultan Brunei akan mengadakan lawatan dua hari ke Malaysia mulai hari ini

(Visited 293 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button