fbpx
Luar Negara

Kim Jong Un dah tak mampu nak jalan

SEBELUM ini pernah muncul berita yang mengatakan bahawa pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dikatakan berada dalam keadaan yang tenat.

Namun, hal tersebut segera dinafikan negara itu menerusi penayangan video yang memaparkan Jon Un berada dalam keadaan sihat dalam satu majlis perasmian kilang baja di Pyongyang.

Namun, video itu tidak dapat disahkan sama ada benar atau sekadar video lama yang disiarkan kembali untuk memberitahu dunia bahawa pemimpin itu masih berada dalam keadaan sihat.

Penulis kepada buku berjudul North Korea In 100 Facts, Ruth Ann Monti berkata, dia sendiri tidak tahu sama ada Jong Un berada dalam keadaan yang baik atau tidak.

“Cuma, apa yang pasti ialah Jong Un berpotensi mempunyai serangan jantung, angin ahmar, kanser dan penyakit-penyakit lain.

BACA> Kit Siang ingin tahu siapa dimomok lebih teruk berbanding dirinya

“Malah, dia juga memunyai penyakit gout, kencing manis dan patah tulang di bahagian kaki.

“Jong Un juga pernah dilihat bergerak dengan menggunakan tongkat dan memerlukan bantuan daripada kakaknya untuk berjalan,” kata Monti seperti dilaporkan Express.co.

Menurut Monti, diet pemakanan yang tidak sihat Jong Un yang membuatkan dia berpotensi untuk diserang pelbagai penyakit.

“Ada sebab mengapa Jong Un mengamalkan diet pemakanan yang tidak sihat kerana mahu kelihatan seperti datuknya, Kim Il Sung,” katanya.

Jelas Monti lagi, melihat kepada keadaan kesihatan Jong Un, satu-satunya pengganti yang paling logik untuk memegang tampuk pemerintahan negara itu ialah Kim Yo Jong.

BACA> Berhentilah kecam polis – pengasas Hot Burger

“Golongan wanita jarang mendapat jawatan yang tinggi baik dalam pekerjaan mahupun dalam pemerintahan di Korea Utara.

“Tetapi Jong Un tidak mempunyai pilihan lain untuk menyerahkan kuasa pemerintahan kepada adiknya itu apatah lagi anak-anaknya masih kecil.

“Satu cara lagi ialah dengan melantik seorang lelaki untuk menjadi pemerintah tetapi perlu berada di bawah arahan Yo Jong,” ujarnya. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button
error: Isi kandungan ini di lindungi dari Copy & Paste !!