Rencah Hidup

“Thank you Ni, sebab sentiasa ada di sisi Sabri”

“Thank you Ni, sbb sentiasa ada di sisi Sabri”

Itu kata penghargaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada isterinya Datin Seri Muhaini Zainal Abidin pada hari kedua selepas dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9 semalam.

Ismail Sabri yang bernikah dengan Muhaini pada tahun 1986 menghargai isterinya itu kerana sentiasa setia bersamanya sehingga hari ini.

“Isteri saya orang yang sentiasa ada di sisi saya sejak berkawan dgn dia dari saya berumur 19 tahun.

“Saya menyertai politik pada tahun 1986, pada umur 26 tahun dan waktu tu kami baru saja mendirikan rumahtangga,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.


Menurut Perdana Menteri ke-9 itu, isterinya seorang wanita yang sangat simple serta tidak gemar mencuri tumpuan.

Dan kerana itu Muhaini jarang kelihatan pada majlis-majlis umum.

“Nani adalah seorang yg sangat simple dan sentiasa tak mahu berada di bawah spotlight, sebab tu jarang sangat nampak dia.

“Thank you Ni, sbb sentiasa ada di sisi Sabri.

“Daripada Sabri tak ada apa-apa sehinggalah ke hari ni. Susah senang bersama,” puji Ismail Sabri kepada isterinya.

Muhaini mula menarik perhatian apabila Ismail Sabri berkongsi foto mereka bersama di Facebook sehari sebelum diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9.

Pada foto itu Ismai Sabri memuat naik gambar bersama seekor kucing peliharan mereka beserta kapsyen, “Baru nak breakfast berdua. Si Oyen ni nak joint juga.”

Bagaimanapun kebanyakan komen tertumpu kepada Muhyani kerana foto beliau bersama Ismail Sabri jarang dilihat oleh umum. Mereka mengkagumi keakraban pasangan suami isteri itu.

Pasangan itu dikurniakan empat orang anak iaitu seorang perempuan dan tiga lelaki. Anak sulung mereka, Datin Nina Sabrina merupakan isteri kepada pereka fesyen terkenal Datuk Jovian Mandagie.

Tiga anak lelaki pula adalah Gaddafi, Iqbal dan Nasriq. Gaddafi atau lebih dikenali sebagai Dafi adalah penyanyi dan merupakan bekas peserta program realiti Akademi Fantasia.-SM

 

(Visited 113 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button