AgamaNegeriRencah Hidup

Hidayah Centre Foundation Perlis rai mualaf berbuka puasa

MERAIKAN mualaf. Inilah matlamat Hidayah Centre Foundation (HCF) Cawangan Perlis menganjurkan Iftar Amal Perdana HCP Perlis Siri ke-3 pada tahun ini di Hotel Putra Regency Kangar.

Pengurus HCF Perlis, Abdul Aziz Mizan berkata, ibadah berpuasa adalah perkara yang baharu bagi mualaf dan HCF Perlis sentiasa memastikan mereka tidak berasa terasing daripada masyarakat Islam yang lain.

Selain itu katanya,keluarga mualaf yang bukan Islam juga disantuni.

Hazman menyampaikan Anugerah Ikon Rakan Hidayah Perlis kepada Mohd Nasrul (kanan) sambil disaksikan Abdul Aziz (kiri) pada Iftar Amal Perdana HCP Perlis Siri ke-3 di Hotel Putra Regency Kangar.

“Majlis ini yang mendapat penajaan penderma bagi menyantuni mualaf juga mengumpul dana untuk pelaksanaan aktiviti HCF Perlis,” katanya.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Dr. Hazman Hassan.

Hadir sama Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor, Pengurus HCF Wilayah Utara, Mohd Yusni Ghazali dan Ketua Cawangan Utara Takaful IKHLAS Family Berhad, Mohd Azmeer Mohd Shukree.

Mohd Nazim memberikan cederamata kepada salah seorang penerima bantuan perniagaan sambil disaksi Mohd Yusni (tengah) pada majlis Iftar Amal Perdana HCP Perlis Siri ke-3 di Hotel Putra Regency Kangar.

Majlis bermula dengan Forum Harmoni bertajuk “Puasa Antara Suruhan Agama dan Sains”.

Ia menampilkan Eksekutif Dana HCF Wilayah Utara, Muhammad Faidhi Azis selaku moderator dan ahli panel Profesor Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Prof. Dr. Basri Ibrahim Al-Azhari, Pegawai Perubatan, Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, Dr. Asyraf Taufiq dan Pegawai Farmasi HTF, Ang Wei Chern.

Selepas itu berlangsung Tausiyah Ramadan bersama Mufti Perlis.

Mohd Asri menyampaikan Tausiyah Ramadan pada majlis Iftar Amal Perdana HCP Perlis Siri ke-3 di Hotel Putra Regency Kangar.

Pada majlis berkenaan diadakan penyerahan cek replika sebanyak RM6,000 oleh Takaful IKHLAS kepada HCF Perlis.

HCF juga memberikan bantuan perniagaan berjumlah RM3,500 kepada tiga mualaf dan juga Anugerah Ikon Rakan Hidayah Perlis yang diterima oleh Mohd Nasrul Mat Nayan, 29, anggota Pasukan Khas Pertahanan Awam Awam Malaysia (PASPA).

Manakala Anugerah Masjid Angkat HCF diterima oleh Masjid Babul Ibadah, Chemumar dan Masjid Al Mursyid, Pauh. – SM

BACA Peluang Untuk Nikmati Juadah Berbuka Puasa Dengan Rasa Lama!

(Visited 364 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button