pilihanRencah Hidup

Selepas dikecam, ‘influencer’ herdik gelandangan akhirnya minta maaf

USAHAWAN dan influencer media sosial, Carl Samsudin yang tular semalam kerana meninggikan suara terhadap warga emas dan gelandangan akhirnya meminta maaf.

Permohonan maaf itu dibuat selepas videonya yang tular itu mendapat kecaman orang ramai.

Menurut Carl, dia meminta maaf kerana tidak pernah berniat untuk menghina sesiapa di dalam videonya.

“Selama saya hidup tidak pernah saya berlaku biadap kepada sesiapa terutama warga tua, saya sedaya upaya cuba menghormati semua golongan.

“Tujuan hidup saya hanyalah ingin membantu, memberi manfaat dan mengubah hidup mereka yang memerlukan selain menjadi hamba kepada yang esa.

“Jika ketika petikan video itu dirakam kelihatan seperti saya tidak beradab dengan uncle tersebut, saya betul-betul mohon maaf atas tindakan biadap saya,” katanya.

Jelasnya, selepas video berkenaan direkod, dia sempat menyantuni warga emas dan gelandangan dengan baik dan mereka juga gembira pada hari tersebut.

Ujarnya, tidak terlintas di minda untuk menghina mereka yang memerlukan bantuan kerana dia juga pernah hidup susah dan memerlukan bantuan orang ramai dahulu.

“Untuk apa saya bersusah payah membantu mereka jika untuk menghina mereka. Sedangkan saya sendiri adalah manusia yang penuh hina dan dosa.

“Sekali lagi jika video pendek itu menimbulkan rasa kurant senang bagi orang ramai saya mohon maaf. Dan InsyaAllah dalam masa terdekat ini saya akan berjumpa uncle tersebut sekali lagi untuk memohon maaf dan perbetulkan kesilapan saya,” jelasnya.

Selain dikecam netizen angkara videonya itu, Carl pada semalam turut dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kompaun tersebut dikenakan atas kesalahan tidak memakai pelitup muka semasa berada di pusat tersebut di Jalan Pahang.

“Kejadian berlaku pukul 11.30 pagi semalam ketika lelaki itu menyampaikan ceramah motivasi bertajuk ‘Ubah Hidup’ kepada 20 gelandangan di pusat transit tersebut.

“Kita juga telah memanggil lelaki itu ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pukul 5.20 petang untuk memberi keterangan,” katanya. -SM

(Visited 618 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button