NasionalParlimen

Najib Razak ada 10 minit sahaja dalam Dewan Rakyat pagi ini

DATUK Seri Najib Tun Razak berkata, beliau dijadualkan untuk menjadi ahli parlimen kedua memberi hujah balas kepada penerangan Menteri Kewangan dalam Dewan Rakyat pada sidang mesyuarat khas Parlimen pada kira-kira pukul 11.30 pagi ini.

Menurut hantaran Ahli Parlimen Pekan dalam Facebooknya, beliau diberitahu akan diberikan masa hanya 10 minit untuk berucap.

“Sebab itu, saya terpaksa buang sebahagian besar ucapan saya dan saya hanya akan memberi fokus kepada isu yang paling mengancam dan menyeksakan Rakyat dalan Pelan Pemulihan Negara ketika ini,” katanya dalam catatan yang sama.

Fokus atau tumpuan Najib yang juga bekas Perdana Menteri bertumpu kepada:

  1. Kerajaan sebenarnya telah merancang untuk kes Covid-19 naik ke 24,000 kes baharu pada bulan September tanpa melihat kepada keadaan semasa di mana kes aktif sudah naik lebih tiga kali ganda sejak sebulan dahulu dan kes kematian memecah rekod hampir tiap-tiap hari.

Sekiranya kerajaan sudah rancang kes naik ke 24,000, berapakah kematian baharu yang dirancang dan diterima kerajaan pada ketika itu?


  1. Kerajaan mengambil risiko besar bahawa kes baharu Covid-19 akan jatuh dari 24,000 pada bulan September ke 1,000 pada Oktober.
  2. Mengikut jadual PPN, kerajaan akan memerlukan Rakyat berkurung sekurang-kurangnya 2 bulan 3 hari lagi dari hari ini sehingga bulan Oktober biarpun Rakyat sudah kurung 2 bulan 18 hari sejak 12 Mei.

“Pada saya, rancangan ini tidak boleh diterima dan tidak bertanggung jawab atas nyawa dan kehidupan Rakyat.

“Saya juga tengok tiada siapa yang melihat kelemahan pada pelan ini ataupun ada cadangan untuk mengatasinya biarpun sesi parlimen sudah kecoh selama tiga hari.

“Sebab itu saya akan memberi candangan bagaimana kerajaan boleh mengubah pendekatan PPN mereka agar lebih ramai nyawa diselamatkan, kita tidak sampai ke paras 24,000 kes dan Rakyat boleh keluar bekerja dalam keadaan yang lebih selamat lebih awal,” kata Najib. – SM

(Visited 135 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button