Nasional

Gangguan air lagi di Selangor, kali ini babitkan 27 kawasan di K. Langat, Sepang

PENDUDUK Selangor berhadapan dengan gangguan bekalan air sekali lagi. Kali ini membabitkan sebanyak 27 kawasan di Kuala Langat dan Sepang.

Tetapi ini merupakan gangguan bekalan air berjadual yang bermula 9 malam tadi sehingga 5.30 petang hari ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd Elina Baseri, dalam kenyataan memaklumkan, ia berikutan kerja-kerja penggantian injap pada paip agihan yang terletak di simpang Jalan Indah 1, Jalan B48 Pekan Sepang Lama.

“Bekalan air akan mula disalurkan kepada pengguna setelah kerja-kerja tersebut selesai dilaksanakan pada 5.30 pagi esok dan bekalan dijangka hanya pulih sepenuhnya di kawasan terlibat pada jam 5.30 petang esok,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com atau rujuk kesemua saluran komunikasi rasmi syarikat itu seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300. – SM

(Visited 136 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button