HiburanLuar Negara

Jururawat Sweden menang hadiah tonton filem dari rumah api di pulau terpencil

Seorang jururawat wanita warga Sweden bertuah kerana berpeluang menonton kesemua 60 program filem selepas memenangi pertandingan yang dianjurkan oleh Goteborg Film Festival.

Lisa Enroth berjaya mengetepikan 12,000 peminat filem seluruh dunia yang turut menghantar permohonan untuk menyertai pertandingan ini.

Apa yang menariknya, Lisa bakal menonton kesemua filem dari sebuah rumah api Pater House di Pulau Hamneskar yang terletak jauh dari persisiran pantai Sweden.

Lisa dibawa ke pulau berkenaan pada Sabtu lalu dan akan meluangkan masa selama seminggu bersendirian di sebuah rumah api tanpa dibekalkan telefon bimbit, komputer, buku atau apa-apa jua bentuk hiburan.

Beliau hanya dibekalkan sebuah tablet bagi masa-masa tertentu supaya dia dapat merakam aktiviti hariannya sebagai diari manakala, seorang petugas akan menemani beliau bagi tujuan keselamatan dan memeriksa beliau sekali sehari.

Lisa akan merasai pengalaman menonton filem dari sebuah skrin yang dipasang di bahagian atas rumah api berkenaan sambil menikmati pemandangan di sekelilingnya dari sudut 360 darjah.

“Angin, laut dan peluang menjadi sebahagian daripada pengalaman unik ini selama seminggu, sangat menarik dan menerujakan”, kata Lisa.

Menurut CEO Goteborg Film Festival, Mirja Wester, dia berasa teruja kerana dapat memberikan peluang kepada petugas barisan hadapan seperti Lisa yang gigih bekerja pada musim pandemik ini.

Ekoran pandemik Covid 19, penganjur festival filem ini berkata, kesemua program filem tidak dapat ditayangkan di panggung wayang, sebaliknya akan disiarkan secara dalam talian.

(Visited 221 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button