Politik

(Terkini) PRN Sarawak: 39% pengundi tunai kewajipan

SETAKAT tengah hari ini, peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ialah 39%, menurut sumber Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berbanding 11 % pagi tadi.

PRN Sarawak menyaksikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) meletakkan 82 calon diikuti Parti Bumi Kenyalang (PBK) 73, Parti Sarawak Bersatu (PSB) 70 dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 28.

Manakala DAP (26), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) 15, Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) 11, Parti Amanah Negara (Amanah) lapan, Parti Sedar Rakyat Sarawak (Sedar) lima dan Pas (1).

PRN edisi kali ini berlangsung dalam suasana norma baharu yang menyaksikan ceramah awam, syarahan, kempen secara bersemuka, kunjungan rumah-ke-rumah, tinjauan mesra dan pengedaran risalah secara bersemuka, adalah tidak dibenarkan. – SM

 

(Visited 118 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button