fbpx
Nasional

Tengku Hassanal berkenan tidak terima Elaun Diraja 6 Bulan

Tabung COVID-19 Pahang

BERMULA April ini, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan tidak menerima bayaran Elaun Diraja selama enam.

Menerusi satu kenyataan rasmi dikeluarkan, Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, Tengku Hassanal berkenan menitahkan supaya Elaun Diraja itu disumbangkan ke Tabung COVID-19 Pahang.

Menurutnya, baginda berharap bantuan yang dicadangkan dan diluluskan dengan menggunakan Tabung COVID-19 Pahang dapat disalurkan kepada golongan yang memerlukan dengan segera.

“Tengku Hassanal juga menitahkan supaya rakyat Pahang sentiasa menjaga kesihatan diri dan keluarga serta mematuhi arahan yang ditetapkan kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Baginda juga mendoakan pesakit COVID-19 di seluruh Malaysia khasnya di Pahang diberikan kesembuhan dengan segera dan semua petugas barisan hadapan diberikan kekuatan serta kesihatan yang baik untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka,” katanya.

Untuk makluman, tindakan Tengku Hassanal itu mengikut langkah ayahanda dan bonda baginda, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja kepada Seri Paduka berdua selama enam bulan mulai Mac hingga Ogos.

Usaha murni yang dilakukan kerabat diraja Pahang mendapat pujian rakyat jelata.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja kepada Seri Paduka berdua selama enam bulan mulai Mac hingga Ogos.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, perkenan oleh Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah bertujuan membantu meringankan beban kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19, serta menyahut keputusan kerajaan memotong dua bulan gaji perdana menteri, menteri serta timbalan menteri dan disalurkan ke Tabung COVID-19.

“Perkenan Seri Paduka Baginda Berdua ini turut mencerminkan keprihatinan dan keperibadian tinggi Seri Paduka Baginda Berdua terhadap perkembangan terkini pandemik ini dan situasi kewangan negara,” katanya dalam kenyataan. – SUMBER-ASTRO Gempak

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button