BeritaNasionalRencana
Trending

Jangan biadab dengan istana

KEBIADAPAN masyarakat kini sudah menjadi-jadi hingga mereka berani menghina institusi diraja yang menjadi payung negara dengan kata-kata nista.
Kita boleh tidak bersetuju dalam apa jua hal dan perkara, tetapi batas kesusilaan tetap harus dijaga, apatah lagi melibat pihak yang secara struktur sosial harus dihormati, seperti orang yang dewasa, para pemimpin dan raja-raja serta kerabat.
Perbuatan pemilik akaun sebuah halaman di Facebook baru-baru ini dipercayai menjadi medan netizen dalam kalangan orang Cina, apabila bertindak biadab menghina Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan panggilan ‘nenek sihir rasis’, sudah melampai batas.
Yang hairan para pemimpin dan pihak berkuasa tidak pula mengutuk dan mengambil tindakan tersebut berbanding isu pemasangan tanglung di sebuah sekolah.
Ini memberi gambaran bahawa para pemimpin hari ini meredhai perbuatan sedemikian dan tidak menghormati institusi diraja.
Saya sendiri pernah melihat dengan mata jua kepala sendiri bagaimana seorang timbalan menteri berucap tanpa mengalu-alukan kehadiran tetamu diraja di majlis itu, sebaliknya meraikan delegasi asing.
Delegasi asing pula bersusah payah untuk menyebut perkataan Melayu semata-mata demi meraikan tetamu diraja.
Lebih aneh lagi setiap kali perbuatan biadap sedemikian, pasti melibatkan pemimpin DAP.
Walaupun tidak semua pemimpin seperti timbalan menteri pertahanan dan timbalan menteri belia dan sukan sangat tinggi pekerti dan tutur katanya berbanding timbalan menteri Melayu ini.
Mungkin DAP boleh menggugurkan para pemimpin biadap ini dari kabinet bila berlaku rombakan kelak, jika mereka tidak mahu dibenci oleh majoriti rakyat yang masih menghormati institusi diraja.
Berbalik isu tulisan jawi yang menjadi sangat besar, saya fikir para pengikut ini harus membuka minda mereka dan contohilah pemimpin DAP Dr. Tan Seng Giaw.
Beliau bukan sahaja sangat sopan berbanding kebanyakan Melayu hari ini, bahkan pandai menulis dengan tulisan jawi dan setiap hari mempraktikkannya.
Itulah rahsia bagaimana beliau bertahan begitu lama sebagai ahli parlimen Kepong.
Perkara yang telah termaktub di dalam Rukun Negara bahawa kesetiaan pada Raja dan Negara adalah sesuatu yang dituntut.
Penghinaan terhadap Permaisuri Agong dengan panggilan ‘nenek sihir rasis’ adalah perbuatan sangat biadap. Di negara luar, tindakan biadab terhadap Raja boleh dikenakan tindakan yang keras.
Adakah mereka lupa bahawa toleransi Raja-raja Melayu dalam isu kerakyatan sebelum kemerdekaan dahulu membolehkan pendatang warga China diberikan kewarganegaraan dalam pembinaan negara yang harmoni.
Malah penghinaan terhadap tulisan Jawi tidak seharusnya berlaku. Tulisan Jawi adalah warisan bangsa Melayu. Jangan dihina tulisan yang telah merekodkan pelbagai khazanah ilmiah orang Melayu. Adakah mereka tahu bahawa dokumen pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957 yang ditandatangani oleh Tunku Abdul Rahman ialah dalam tulisan Jawi?
DR. AHMAD SANUSI AZMI dalam tulisannya baru-baru ini berkata undang Hukum Islam terdahulu turut direkodkan di dalam tulisan Jawi. Perhatikan sahaja Batu Bersurat Terengganu yang menjadi bukti kepentingan tulisan ini dalam urusan pentadbiran Melayu suatu ketika dahulu.
Sedarkah mereka bahawa Sasterawan dan pejuang bahasa berbangsa Cina, Dr. Lim Swee Tin sendiri tidak melihat sebarang masalah untuk memperkenalkan tulisan khat dan Jawi dalam buku teks sekolah.
Malah menurut beliau, cadangan itu tidak merugikan sesiapa dan malah membolehkan murid mendalami bentuk penulisan warisan bangsa selain tulisan Jawi sendiri mempunyai nilai ekonomi yang tinggi.
Semangat kebencian terhadap Raja Melayu dan Tulisan Jawi ini tidak lain hanya akan menimbulkan perpecahan di kalangan kita. Kumpulan penentang seperti Dong Zong mestilah diharamkan. Parti politik yang menyokong Dong Zong seperti DAP dan MCA mestilah menghentikan penentangan ini.
Saya sendiri dalam satu perjumpaan tertutup pernah mengingatkan pemimpin MCA supaya jangan bermain dengan isu yang sensitif bagi orang Melayu hanya kerana mahu menjadi juara kaum Cina.
Mereka harus fasih berbahasa Melayu, faham adat resam Melayu kerana Melayu adalah kaum majoriti di negara ini.
Jika mereka tidak mampu berbuat demikian sila undur diri dan jangan libatkan diri di dalam politik di negara ini yang sekian lama mementingkan toleransi.
Bukan bermakna menghormati kaum Melayu mereka menyokong ketuanan Melayu, tetapi ia penting untuk memastikan keharmonian hubungan kaum terus terpelihara.
Orang Melayu sentiasa terbuka dan menghormati sesiapa jua yang menghormati mereka. Itu adalah sifat sejagat dan juga sifat Melayu yang sentiasa lembut tutur kata dan pergaulan sehariannya.
Saya percaya twitter Tuanku Permaisuri Agong yang tidak diaktifkan ada kaitan dengan isu ini.
Rakyat pastinya kecewa dengan perkembangan ini. Saya tidak nampak mengapa perlu pemimpin negara ini mendiamkan diri dan pihak berkuasa membutakan mata dan memekakkan telinga dalam hal ini.
Rakyat Malaysia kita harus menentang perbuatan dan cubaan menjelekkan institusi diraja ini. Nyatakan bantahan dalam apa jua bentuk, selemah-lemah adalah melalui media sosial.

(Visited 552 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button