Nasional

JAWI benarkan akad nikad di masjid luar zon merah

Berkuat kuasa 1 Dis ini, majlis akad nikah boleh dilangsungkan di masjid-masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang tidak berada di kawasan zon merah.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat mengikut data yang dikeluarkan pihak kerajaan dari semasa ke semasa.

“Jabatan ini telah membuat ketetapan perluasan kebenaran berkahwin bertujuan untuk memberi lebih banyak pilihan tempat akad nikah kepada pasangan yang ingin melaksanakan majlis akad nikah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

JAWI memaklumkan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (PPNCR) bertanggungjawab memastikan semua pihak yang terlibat dalam majlis akad nikah itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pengurusan tertinggi JAWI dari semasa ke semasa.

Sebelum ini, JAWI hanya membenarkan majlis akad nikah diadakan di Pejabat JAWI Kuala Lumpur, JAWI Cawangan Putrajaya dan premis tertentu yang ditetapkan termasuklah beberapa masjid tertentu sahaja.

 

 

(Visited 408 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button