BanjirNasional

Banjir di Perak: Lapan lagi keluarga dipindahkan ke PPS

JUMLAH mangsa banjir di Perak terus meningkat pagi ini apabila 30 mangsa daripada lapan keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) menjadikan kesemua mangsa banjir kini seramai 340 berbanding 310 orang malam tadi.

Laporan Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Perak menunjukkan pertambahan tersebut berlaku di daerah Hilir Perak melibatkan seramai 186 orang daripada 56 keluarga di dua PPS iaitu Dewan Serbaguna Padang Tembak dan Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap berbanding hanya 156 mangsa malam tadi.

PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak paling ramai iaitu 165 mangsa daripada 50 keluarga manakala Dewan MPTI Langkap kembali menerima mangsa banjir seramai 21 orang daripada enam keluarga.

Dalam perkembangan berkaitan, mangsa banjir di daerah Kerian pula kekal seramai 154 orang daripada 43 keluarga yang ditempatkan di dua PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan SK Alor Pongsu.

Sebanyak 24 keluarga masih berlindung di PPS SK Changkat Lobak manakala 19 lagi berada di SK Alor Pongsu.

Sementara itu, kejadian tanah runtuh berlaku di Felda Trolak Jaya, Slim River menyebabkan beberapa pokok tumbang merentangi jalan.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River ke lokasi kejadian bagi membantu memotong pokok berkenaan selepas menerima panggilan mengenai kejadian terebut pada jam 6.30 pagi. – SM

BACA Mangsa banjir di Perak meningkat, Johor Bahru turut terjejas

BACA Satu lagi PPS dibuka, mangsa banjir di Perak meningkat

(Visited 64 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button