Nasional

Patuh PKPB dalam menyambut hari raya – Tengku Hassanal

TENGKU Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan rakyat negeri Pahang untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditetapkan kerajaan pada sambutan Aidilfitri esok.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman, berkata Pemangku Raja Pahang itu, bertitah bahawa sambutan Aidilfitri kali ini perlu mengambil kira keadaan pandemik COVID-19 yang masih melanda negara.

“Baginda menasihatkan rakyat untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga serta menghindari daripada menghadiri perhimpunan ramai terutamanya pada musim perayaan ini.

“Baginda juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada pasukan barisan hadapan meliputi petugas kesihatan dan keselamatan serta semua yang sentiasa bertungkus-lumus memastikan wabak COVID-19 di Malaysia terkawal,” katanya menerusi kenyataan media, di sini, hari ini.

Ahmad Khirrizal berkata Tengku Hassanal juga mendoakan rakyat Pahang sentiasa berada dalam keadaan sihat dan semoga Allah sentiasa melindungi negeri ini daripada wabak, bencana serta malapetaka. – BERNAMA 

 

(Visited 115 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button