MahkamahNasional

Permohonan Najib semak kes SRC ditolak

MAHKAMAH Persekutuan dalam keputusan majoriti 4-1 hari ini menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyemak semula sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn. Bhd.

Keputusan majoriti itu dibacakan oleh hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat.

Bagaimanapun Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebil yang mempengengerusikan panel lima hakim itu membuat keputusan bertentangan.

Anggota panel lain ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan serta Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais.

Najib, 69, yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang memohon untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada 23 Ogos tahun lepas.

Najib dalam permohonan semakannya, memohon pembebasan atau pendengaran semula rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang kini Hakim Mahkamah Rayuan telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada Najib bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram.

Serta penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, jika gagal penjara lima tahun, dalam kes penyalahgunaan jawatannya.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak.

Pada 8 Disember 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menolak rayuan Najib untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara serta denda. – SUMBER BERNAMA – SM

BACA Kes mahkamah Najib Razak

BACA Najib Razak bekas Perdana Menteri pertama dipenjara 12 tahun dengan denda RM210 juta!

(Visited 235 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button