Nasional

Prof Md Amin dilantik semula presiden CAPEU

NAIB Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff dilantik semula sebagai Presiden CAPEU (Consortium of Asia Pacific Education Universities) untuk tempoh dua tahun.
Md Amin dilantik apabila memperoleh persetujuan sebulat suara dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kelima yang berlangsung di UPSI.

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ini dihadiri oleh 15 orang delegasi daripada Indonesia, Brunei dan Filipina yang melibatkan Universitas Negeri Semarang (UNNES), Universitas Negeri Malang (UM), Universitas Pendidikan Indonesia (UPI), Universitas Pendidikan Ganesha (UNDIKSHA), Universitas Malikussaleh (UNIMAL), Universitas Negeri Surabaya (UNESA), Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU), Philippine Normal University (PNU) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Prof Dato’ Dr. Md. Amin Md. Taff (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah CAPEU di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.

Menurut beliau, mesyuarat juga bersetuju melantik Pengurusan Tertinggi dari Universitas Negeri Malang sebagai Timbalan Presiden CAPEU, diikuti dengan Setiausaha dari Philippine Normal University (PNU) dan Bendahari dari Universitas Pendidikan Indonesia (UPI).

Mesyuarat turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr. Marzita Puteh dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr. Suriani Abu Bakar dan Pengarah Pusat Antarabangsa dan Mobiliti, Profesor Dr Nur Ikhwan Mohamad.
Katanya, Mesyuarat Lembaga Pengarah CAPEU Khamis lalu turut membincangkan kerjasama antarabangsa berkaitan mobiliti secara timbal balik (reciprocal), jurnal CAPEU, persidangan antarabangsa CAPEU, dan latihan mengajar.

“Antara pembentangan usul mencadangkan kerjasama di antara ahli CAPEU untuk mewujudkan geran penyelidikan antarabangsa dan cadangan lantikan Profesor Adjung CAPEU,” katanya.


Beliau berkata perbincangan, sinergi dan keputusan yang dimuktamadkan semasa mesyuarat Lembaga Pengarah dan AGM ini dilihat mampu membantu ke arah perancangan dan hala tuju yang lebih strategik untuk memantapkan CAPEU sekali gus menambahkan lagi penyertaan ahli dalam konsortium ini.

Md Amin menandatangani pemeteraian CAPEU sempena AGM ke-5.

Md Amin meminta supaya Bilik CAPEU di Bangunan Canselori dapat digunakan sepenuhnya oleh ahli CAPEU atau mana-mana staf dari negara luar yang ingin membuat ‘attachment’ di sini bagi menyelesaikan tugasan CAPEU.
Sempena mesyuarat, delegasi dibawa melawat bangunan kayu Institut Perdaban Melayu (IPM) di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah serta Rofftop Cafe di Scholar’s Suites, Kampus Sultan Azlan Shah.

Timbalan Pengarah 2 Pusat Antarabangsa dan Mobiliti (IMC), Dr Siti Nor Amalina Ahmad Tajuddin berkata IMC diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk menggerakkan AGM CAPEU dan Mesyuarat Lembaga Pengarah CAPEU pada kali ini. -SM

BACA JUGA : https://suaramerdeka.com.my/upsi-terima-575-pelajar-baharu-ijazah-pertama/

(Visited 105 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button