fbpx
JenayahNasional

Tengah sedap merompak, rupanya tuan rumah tunggu di luar

POLIS menahan seorang lelaki berusia 42 tahun dalam satu kes pecah rumah di Petaling Jaya, Selangor awal pagi tadi.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi selepas mangsa mendapati terdapat sebuah motosikal yang tidak dikenali berada di hadapan rumah berkenaan.

Mangsa kemudian telah menghubungi isterinya yang berada di dalam rumah yang juga tidak tahu berkenaan pemilik motosikal berkenaan.

Curiga dengan apa yang berlaku, mangsa kemudian telah menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, pihaknya yang tiba kira-kira 10 minit kemudian berjaya menahan suspek.


“Suspek yang menyedari kehadiran pihak berkuasa cuba melarikan diri sebelum berjaya ditahan.

“Selain tangkapan, kita turut merampas beberapa peralatan pecah masuk rumah yang dipercayai digunakan suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek mempunyak empat rekod dalam jenayah pecah rumah, samun dan dadah.

Jelasnya, suspek kini telah ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button