Nasionalpilihan

Penganggur mengaku kelar mak, adik kandung

SEORANG penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas dua pertuduhan mengelar emak dan adik kandungnya dengan pisau pemotong daging 10 Mac lalu.

Tertuduh, Muhammad Hidayat Abu Samad, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.

Mengikut pertuduhan pertama, dia dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah kepada ibunya, Sapiah Abdul Kadir, 49, dengan menggunakan pisau pemotong daging.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan BLI, Taman Bukit Larang Indah, Melaka dekat sini, kira-kira pukul 10.00 malam, 10 Mac lalu.

Bagi pertuduhan kedua, Muhammad Hidayat didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap adiknya, Noor Iman Dania, 11, dengan menggunakan senjata yang sama pada tarikh, masa dan di tempat sama.

Bagi kesalahan itu, dia dituduh mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 40 tahun dan denda atau sebat.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim yang menjalankan pendakwaan memohon kepada mahkamah supaya Muhammad Hidayat dihantar menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Permai, Tampoi, Johor.

Beliau membuat permohonan itu mengikut Seksyen 342 (3) Kanun Tatacara Jenayah bagi mendapatkan laporan psikatrik untuk menentukan keadaan mental tertuduh sewaktu melakukan perbuatan terbabit.

Mahkamah membenarkan permohonan itu dan menetapkan 19 April depan untuk sebutan semula kes. – SM

Artikel berkaitan > Macau Scam: Pesara kerajaan rugi hampir RM200,000

(Visited 219 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button