Politik

Tak kerjasama dalam PRU semestinya menolak selepas itu – Mohamed Khaled

MENOLAK kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak semestinya terus menolak.

UMNO dikatakan mungkin boleh bekerjasama dengan parti itu selepas PRU-15. Hal tersebut boleh dirujuk seperti yang berlaku di Sabah.

Seperti di Sabah, walaupun UMNO bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN), namun selepas itu boleh bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dan membentuk Kerajaan Negeri Sabah.

Oleh demikian, sentimen menolak Bersatu bukanlah ke arah perpecahan masyarakat Melayu dan Islam walaupun terdapat dakwaan bekerjasama dengan PN adalah untuk perpaduan bangsa Melayu.

“Kalaupun tak bekerjasama dalam pilihan raya, tak bermakna tak ada kerjasama selepas itu. Kita boleh tengok Sabah.

“Selepas pilihan raya, tengok siapa menang selepas itu dan kita susunlah balik, bukan bermakna kita lakukan atau bincang usul itu ataupun tolak untuk bekerjasama dalam pilihan raya, bukan bermakna selepas pilihan raya kita tak akan bekerjasama.”

Demikian kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dalam satu forum dalam talian anjuran Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas resolusi dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung malam tadi.

Mesyuarat tersebut dikatakan merumuskan usul-usul daripada mesyuarat agung UMNO peringkat Bahagian yang berlangsung pada awal bulan ini.

Dalam pada itu, bekas Menteri Besar Johor itu turut menegaskan kehendak UMNO mendesak supaya pilihan raya diadakan semula adalah mahukan kerajaan ditubuhkan mempunyai mandat rakyat.

Ini kerana, kerajaan tanpa mandat rakyat terlalu goyah dan berhadapan dengan banyak masalah.

“PN tidak ada mandat daripada rakyat, tadi dua panel telah mengatakan bahawa dalam keadaan kedudukan kerajaan yang begitu tipis, kita berhadapan dengan banyak masalah.

“Kita berhadapan dengan banyak ketidakstabilan, kerajaan tak boleh hendak tumpu kerana banyak sangat politik.

“Kerana politik berasaskan sokongan wakil rakyat, kedudukan boleh berubah-ubah, boleh dibeli, berlaku tawar-menawar dan ini bukan sesuatu yang baik untuk negara kita.

“Jadi, atas sebab itulah bahagian-bahagian peringkat akar umbi nyatakan bahawa kalau Covid-19 sudah dapat dikawal, adakan pilihan raya.

“Pulangkan balik mandat kepada rakyat. Tadi cakap semua keadaan tak menentu dan sebagainya, jawapannya rakyat, biarlah rakyat yang menentukan,” jelasnya.

Bagaimanapun, Mohamed Khaled menambah, beliau menolak dakwaan Kerajaan PN sebagai ‘pintu belakang’ sebaliknya ia hanyalah tanpa mandat. – SM

 

(Visited 196 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button