Politik

Wira Putra bimbang rakyat salah guna duit caruman

PENGELUARAN wang daripada tabungan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah keperluan bagi rakyat dalam menghadapi krisis pandemik Koronavirus (Covid-19).

Lebih membimbangkan apabila keadaan ekonomi dan politik kini tidak menjamin kestabilan masa hadapan mereka yang keseluruhannya terjejas akibat pandemik.

Justeru, kebenaran pengeluaran wang dari akaun 1 KWSP sememangnya memberi kelegaan kepada mereka untuk memastikan kelangsungan hidup.

Soalnya bukanlah masa hadapan, tetapi jaminan pada hari esok dan akan datang sehingga wabak global ini kembali reda.

Bagaimanapun, tidak dinafikan jika wujud individu yang mungkin menyalahgunakan wang tersebut untuk pembelian barangan bukan keperluan.

“Contoh, Ahmad diberhentikan kerja setelah syarikat lama beliau mengecilkan operasi.

“Ahmad perlu mencari sumber pendapatan baru, lalu ahmad bercadang nak buat grab food. Tetapi ahmad tiada kenderaan yang bersesuaian.

“Ahmad perlukan sebuah motosikal. Hendak keluarkan motosikal perlukan deposit. Jadi melalui pengeluaran KWSP, Ahmad ada pilihan untuk membayar sepuluh peratus deposit terlebih dahulu.

“Kemudian membuat ‘Tuntutan Balik’ daripada KWSP atau sepuluh peratus deposit dibuat secara ‘bayaran terus’ daripada KWSP kepada kedai moto yang berdaftar dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).

“Wira Putra yakin pengeluaran KWSP akaun 1 ini amat baik, dalam merangsang ekonomi tempatan demi memastikan ada pengaliran tunai dalam negara.”

Demikian kata Exco Pergerakan Wira, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Mohamad Izwan Zainal mengulas cadangan pengeluaran simpanan daripada akaun 1 KWSP.

Beliau berkata demikian susulan wujud kebimbangan individu menyalahgunakan kemudahan tersebut termasuklah memberi barangan bukan keperluan.

Ini kerana, jika perkara tersebut terjadi maka matlamat kebenaran pengeluaran tidak akan tercapai dan pasti merugikan penyimpan sendiri.

“Namun begitu, dalam memastikan pengeluaran yang dibuat ini dapat mencapai matlamat, apakah matlamatnya sebenar yang digariskan?

“Menangani kesusahan rakyat ketika ini dalam menghadapi suasana ekonomi yang mencabar selagi mana Covid-19 masih berlegar dalam negara.

“Dengan cara sebegini dapat mengawal pencarum akaun 1 daripada membeli perkara-perkara yang tak sepatutnya, dalam memastikan tujuan asal pengeluaran KWSP adalah membantu pencarum, bukannya bertujuan untuk membeli Iphone 12!” tegasnya. – SM

(Visited 151 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button